Written by Bella | September 3rd, 2019

Penyanyi dan pelakon kontroversi, Aliff Aziz hari ini didakwa di mahkamah Singapura atas pertuduhan mencuri.

aliff aziz curi duit artis indonesia

Aliff didakwa mencuri wang sebanyak 300 dolar Singapura (RM909) dan 1 juta rupiah (RM296) daripada mangsa pelakon Indonesia, Raja Yunika Perdhana Putri, dalam kejadian yang berlaku di sebuah bilik di Studio M Hotel, 3 Nanson Road, Singapura antara jam 12 tengah malam hingga 3 pagi pada 7 Jun lalu.

aliff aziz

Bukan itu sahaja, Aliff turut berdepan tuduhan mencuri sepeket rokok dan pemetik api bernilai dolar Singapura 15.60 (RM47) daripada seorang mangsa di sebuah kafe Starbucks di Plaza Singapura dalam kejadian sekitar jam 4.45 pagi, pada 6 Ogos tahun lalu.

aliff aziz mencuri

Aliff bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak dolar Singapura 5,000 (RM15,000) dan mahkamah menetapkan perbicaraan kes akan disambung pada 1 Oktober depan.

Sumber Berita : Berita Harian Singapura

25 responses to Curi Wang Artis Indonesia, Aliff Aziz Didakwa Di Mahkamah Singapura

  1. Alyssa says:

    Yes definitely it is embarrassing! But why on Earth,mak dia macam takde rasa bersalah anak dia perangai macam nie. Kalau tgk ig,siap pergi tgk show lagi never feel any sign of remorse raising this fellow up ke? Dulu dia pernah upload kata Bella is an instagram mom cuz anak dia org lain jaga bla bla,wlbut what about her,berdoa dekat Instagram shj ke utk Alif?

    • Brunes says:

      kalau mak singaporean memang macam tu, biar mati adat jangan mati anak. its fine kalau nak bekap anak dia yg macam tangaki jering tu, tapi since dia pernah drag bella, then she deserves judgements too..

  2. rosejenaie says:

    barang curian x sampai 1200 tapi bayar denda rm 15k adoii better pinjam org yang jamin kau tu je

  3. Anonymous says:

    Euw.. jantan xleh pakai. Potong anu kasi buaya jerrr!

Tinggalkan Komen Anda Di Sini