“Curi Pisang Je Pun, Bukan Bunuh Orang. Kita Ada Undang-undang.”

Trending

“Curi Pisang Je Pun, Bukan Bunuh Orang. Kita Ada Undang-undang.”

Gambar menunjukkan mayat seorang lelaki didakwa pencuri pisang tertiarap di sebelah tandan pisang menjadi tular di media sosial. Kejadian itu dikatakan berlaku di  Kampung Tebakang, Bukit Payong, Marang, Terengganu, di mana lelaki itu dikatakan maut dipukul oleh penduduk kampung akibat mencuri pisang.

Dari kejadian ini timbul perdebatan di media sosial mengenai sikap melulu dan sukar mengawal amarah. Kematian lelaki itu bermakna mereka yang memukulnya sudah melakukan kesalahan membunuh walaupun tanpa niat.

Advertisement

Namun begitu, ada juga yang meminta orang ramai memahami kadangkala tindak tanduk luar kawal mungkin kerana pencuri itu telah melakukan kesalahan yang sama berkali-kali sebelum ini tanpa dapat ditangkap.

Kalau dah berkali-kali…

Jangan buat undang-undang rimba

Tak sepatutnya berlaku

Mungkin dah fed-up

Menurut laporan media, lelaki yang maut itu berusia sekitar 30-an. Polis telah menahan tiga orang lelaki untuk membantu siasatan. Salah seorang darinya ialah pekebun pisang. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sama ada benar lelaki tersebut dibunuh kerana mencuri pisang seperti dakwaan yang tular di media sosial tidak dapat dipastikan. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...