Curi Beras & Susu Kerana Hidup Susah, Lelaki Direman 3 Hari

Trending

Curi Beras & Susu Kerana Hidup Susah, Lelaki Direman 3 Hari

Seorang lelaki warga Indonesia ditahan polis selepas disyaki memecah masuk sebuah kedai makan pada jam 4.15 pagi. Kejadian yang berlaku di Kota Tinggi, Johor itu mengakibatkan sekampit beras seberat 10 kilogram dan sekotak susu hilang.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek yang menunggang motosikal Yamaha LC 135 dipercayai melakukan kegiatan itu secara bersendirian.

Advertisement

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora memberitahu suspek berusia 38 tahun ditahan di rumahnya jam 7.30 malam pada hari yang sama.

Suspek memberi alasan terpaksa mencuri untuk menanggung keluarga. Malah, suspek turut memaklumkan isterinya tidak dapat bekerja sebagai pembantu kantin kerana sekolah ditutup.

“Lelaki Indonesia itu bertaraf penduduk tetap dan berkahwin dengan wanita tempatan, selain mempunyai lima anak lelaki berusia enam bulan hingga 10 tahun.

Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif heroin dan mempunyai enam rekod jenayah lampau termasuk tiga kes dadah”

Tambahnya lagi, dia tidak mahu masyarakat membentuk satu trend menjadikan alasan kesempitan hidup untuk melakukan jenayah.

“Kalau pun hidup dalam kesempitan disebabkan COVID-19, masih ada ruang untuk memohon bantuan meringankan beban menerusi agensi berkaitan seperti badan bukan kerajaan (NGO) mahupun ahli politik”

Untuk siasatan lanjut, suspek kini direman selama tiga hari bermula hari ini (semalam) hingga 6 April.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...