“Curang Tu Pilihan Tapi Bila Nafsu Kuasai Diri” – Dah Rancang Kahwin, BF Kantoi Bawa Perempuan Balik Rumah

Kehidupan

“Curang Tu Pilihan Tapi Bila Nafsu Kuasai Diri” –  Dah Rancang Kahwin, BF Kantoi Bawa Perempuan Balik Rumah

Setiap ikatan perhubungan antara dua individu semestinya memerlukan kepercayaan dan kejujuran untuk kekal bersama hingga ke peringkat seterusnya.

Namun, alangkah sakitnya rasa di hati apabila orang yang kita sayang dan percaya tidak bersikap jujur sehingga membuatkan hubungan itu musnah.

Advertisement

1 year ago

(VIDEO) Isteri Tangkap Suami Curang Dalam Bilik Hotel, Skandal Selamba Betulkan Mekap & Rambut

Itulah pengalaman yang dilalui seorang wanita yang menangkap kekasihnya bermain kayu tiga dengan perempuan lain malah sehingga berdua-duaan di dalam satu rumah.

Kisah itu tular di media sosial selepas wanita tersebut memuat naik video TikTok menceritakan kisah teman lelakinya curang dengan skandal yang baru dikenalinya selama dua bulan.

Luluh hati bila saya tengok kasut perempuan lain ada depan pintu rumah awak. Sampai hati awak khianati kepercayaan saya.”

Malah ketika kantoi berdua-duaan di rumah itu, skandal kekasihnya tidak berpakaian lengkap dan wanita tersebut berkata dia mahu viralkan video berkenaan kerana lelaki itu tidak bertanggungjawab mahu pun meminta maaf.

Jelasnya, selepas mendapat kerjasama barulah dia akan memadam semua video berkaitan kekasihnya itu selain turut menuntut permohonan maaf secara terbuka dan meminta lelaki itu membayar semula wang yang dilaburkan sepanjang mereka bersama.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Oh!Media

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...