Setiap ikatan perhubungan antara dua individu semestinya memerlukan kepercayaan dan kejujuran untuk kekal bersama hingga ke peringkat seterusnya.
Namun, alangkah sakitnya rasa di hati apabila orang yang kita sayang dan percaya tidak bersikap jujur sehingga membuatkan hubungan itu musnah.
Itulah pengalaman yang dilalui seorang wanita yang menangkap kekasihnya bermain kayu tiga dengan perempuan lain malah sehingga berdua-duaan di dalam satu rumah.
Kisah itu tular di media sosial selepas wanita tersebut memuat naik video TikTok menceritakan kisah teman lelakinya curang dengan skandal yang baru dikenalinya selama dua bulan.
Luluh hati bila saya tengok kasut perempuan lain ada depan pintu rumah awak. Sampai hati awak khianati kepercayaan saya.”
Malah ketika kantoi berdua-duaan di rumah itu, skandal kekasihnya tidak berpakaian lengkap dan wanita tersebut berkata dia mahu viralkan video berkenaan kerana lelaki itu tidak bertanggungjawab mahu pun meminta maaf.
Jelasnya, selepas mendapat kerjasama barulah dia akan memadam semua video berkaitan kekasihnya itu selain turut menuntut permohonan maaf secara terbuka dan meminta lelaki itu membayar semula wang yang dilaburkan sepanjang mereka bersama.