Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Curang Dengan Vokalis Sabyan, Pemain Keyboard Mohon Maaf Kepada Isteri & Keluarga

Baru-baru ini, kecoh di Indonesia apabila vokalis kumpulan Sabyan dikatakan bermain cinta dengan pemain keyboard, Ayus, yang merupakan suami orang. Lebih mengejutkan, Nissa dikatakan sudah bertahun-tahun menjalinkan hubungan sehingga si isteri mengambil keputusan bercerai beberapa minggu lalu.

BACA: Popular Dengan Lagu Kerohanian, Nissa Sabyan Dituduh Rampas Suami Orang?

Advertisement

Lama mendiamkan diri, Ayus akhirnya membuka mulut mengenai isu kecurangan yang sedang hangat diperkatakan itu. Ayus menerusi sebuah video memohon maaf kepada isteri, keluarga dan peminat di atas kesilapan yang dilakukannya.

Saya Ayus Sabyan ingin menyampaikan tentang berita yang sedang beredar sampai saat ini.

Saya dengan penuh kesedaran dan ketulusan, ingin mohon maaf pada istri, keluarga, teman-teman Sabyan, dan semuanya yang merasa tidak nyaman dengan kekhilafan yang saya lakukan.

Mohon doanya semoga saya bisa menjadi lebih baik lagi kedepan.

Advertisement

Tidak menafikan dakwaan curang, permohonan maaf yang dibuat Ayus seakan mengakui mengenai khabar angin yang sedang tersebar sekarang ini.

Terdahulu, media Indonesia melaporkan adik ipar Ayus iaitu Tia telah membuat pendedahan kepada media mengenai kecurangan abang iparnya itu.

Malah, beberapa keping gambar menunjukkan kakak hadir ke mahkamah untuk menfailkan cerai adalah benar. Selama ini, kakaknya sudah bertahun-tahun memendam rasa dan menyimpan aib demi rumahtangga mereka namun gagal.

SUMBER : Tribun News
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top