Cuma Makan Nasi Dengan Kuah & Air Paip, Lelaki Ini Pernah Merempat Di KL Sebelum Berjaya

Trending

Cuma Makan Nasi Dengan Kuah & Air Paip, Lelaki Ini Pernah Merempat Di KL Sebelum Berjaya

header-bang-raja

Pasti ramai yang mengenali insan yang berjiwa besar ini, Dr. Raja Shamri Bin Raja Husin, atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Raja’.

Advertisement

Beliau dilahirkan cacat tanpa kaki namun dikurniakan hati yang mulia dimana banyak aktiviti kebajikan yang telah dianjurkan beliau bersama pasukan Thirdforce nya.

Meskipun diri juga serba kekurangan, itu langsung tidak membataskan beliau untuk terus berbakti kepada orang yang memerlukan. Namun disebalik ketabahan itu, siapa sangka Abang Raja juga pernah melalui zaman di mana terpaksa makan nasi putih dengan kuah dan membasahkan tekak dengan air paip.

Bulan ketiga saya berhenti kerja dan merempat… Kereta tak bayar…

abang-raja-2

Dulu selepas berhenti kerja dengan bank saya berkerja dengan sebuah syarikat swasta setelah ditawarkan pakej yang sangat menarik oleh rakan sekampung. Masa tu baru je beli kereta wira. Bulan pertama gaji dah tak bayar. Bulan kedua boss pergi bercuti ke UK rakan kongsi boss tu ambik duit jualan utk bayar gaji saya sebab kesian tengok saya.

Bulan ketiga saya berhenti kerja dan merempat di KL. Kereta tak bayar bermula dari situ. Dahlah merempat kereta tak bayar duit tak ada. Kereta pulak finance dengan Hong Leong bank set kaki tarik kereta kat KL ni paham2 jelah dia punya gangster.

Cuba pinjam duit sedara mara, tiada siapa nak bagi pinjam…

Saban malam saya dampingi Tuhan mohon petunjuk dan kekuatan. Saya merempat di Masjid Seri Petaling. Di situ saya mula dalami hadis nabi dari bayan subuh dan kitab2 taklim. Saya merempat di Bukit Botak rumah setinggan. Di situ saya melihat orang susah hidup setinggan tapi baik hati.

Saya belajar erti kasih sayang dan saya berazam untuk membantu orang2 susah kerana mereka juga insan.

Saya tak buat benda jahat. Saya dampingi orang berilmu. Saya belajar kitab2 lama. Saya belajar fiqah tauhid dan tasawuf. Saya khatam kitab imam Nawawi dan beberapa kitab ulama2 tersohor. Walaupun saya bukan dari background orang agama.

Alhamdulillahh… Takde siapa datang tarik kereta…

Saya cuba pinjam duit sedara mara dan kawan2 untuk hidup. Takde siapa nak bagi pinjam. Saya makan sekali sehari hanya nasi putih dgn kuah dan minum air paip. Itulah hidup saya di Bukit Botak Selayang menumpang di rumah setinggan.

Rakan pernah makan tempat saya bekerja, mereka ketawakan dan malukan saya…

Saya call sedara mara yang kerja best tapi sedara saya tu pulak bagi tahu abah yang saya call dia nak pinjam duit. Kesian kat abah sebab abah lagilah tak mampu nak tolong. Saya kerja cuci kereta sambil cuba2 cari kerja lain kat KL, kaki palsu hari2 basah. Kaki saya melecet teruk setiap hari.

Kaki kiri rasa lenguh sangat2 sebab lama berdiri kerja kedai makan. Bila malam kaki kiri selalu kekejangan sebab lama berdiri sebelah siang. Ada pernah rakan yg kerja bank datang makan kedai makan tempat saya kerja, mereka ketawakan saya. Saya di ketawakan dan di malukan.

Ada yang fitnah macam2. Saya di pukul di tempat kerja di tuduh curi tulang walhal saya pergi solat dan kaki saya sakit untuk jalan cepat2 balik kerja. Saya bertahan dan akhirnya Allah bagi ilham utk berniaga kecil-kecilan…

Berhijrah ke Kuantan, mulakan bisnes menumpang office kawan…

Saya berhijrah ke kuantan. Dengan modal air liur saya yakinkan kawan2 di kuantan. Saya bukak syarikat perunding latihan tumpang ofis kawan dan kini sudah 16 tahun Golden Minds dlm industri perunding dan latihan.

Saya nak bina hati2 rakyat Malaysia yang saling hormat menghormati, negara bangsa yang hebat berteraskan tolak ansur dan hidup harmoni berkasih sayang. Saya nak bina jiwa2 rakyat Malaysia yang tak lagi berdengki, jadi orang baik-baik.

Saya nak bina jiwa kental anak2 muda yg tak mudah mengalah dengan dugaan Allah… kental jiwanya, hormat orang tua, rajin bekerja, cintakan ilmu, sopan dan teguh peribadinya. Saya nak bina negara ini dengan berteraskan kasih sayang dan perpaduan kaum yg ikhlas. Saya jadi motivator tanpa saya rancang. Saya berceramah ke seluruh Malaysia bermula dari situ.

Untung bisnes, bayar tunggakan kereta 14 bulan…

Bila mula2 untung berniaga dulu mak pesan bayar hutang kereta dulu… Bayar hutang kredit kad dulu… Jangan cepat nak beli itu beli ini…

Saya jelaskan hutang-hutang bank. Terkejut staf bank bila saya datang bayar kereta yang tertunggak 14 bulan. Katanya biasanya kalau dah 14 bulan tak ada orang bayar dah. Lesapp terus…

Pegawai bank bagi diskaun banyak. Saya sujud syukur dalam surau bangunan bank tingkat 2. Saya menangis sebab saya dah bebas dari hutang.

Sayang mak abah sampai bila2… Pulanglah ziarah mereka mintak mak doakan…

Saya tak pernah buat pinjaman utk berniaga
Sebab saya yakin untuk kembangkan perniagaan bukannya perlukan duit
Tapi perlukan Allah di sisi

Saya ada Allah
Saya ada doa mak
Saya ada keyakinan diri
Saya yakin dengan apa yang saya buat

Jangan pinjam duit ah long
Jangan lari dari masalah yg kita sendiri buat
Jangan berhenti berusaha
Jangan jauh dengan Allah
Jangan tambah masalah

Bertaubat setiap hari sbb kita manusia yg lemah selalu buat dosa…

Sayang mak abah sampai bila2… pulanglah ziarah mereka mintak mak doakan …

Dan jadilah orang baik-baik…
Berdoalah dan bertahanlah…

Allah sedang menguji kita untuk jadi hebat.

Hiduplah sederhana kerana kesederhanaan itu sifat para wali.

Mintaklah dengan Allah bukan dengan makhluk kerana Allahlah yg bukak hati makhluk untuk datang membantu.

Tak dapat kita nak bayangkan bagaimana kehidupan Abang Raja suatu ketika dahulu, susah payah mencari rezeki dengan keadaan diri yang serba kekurangan.

Namun, perkara itu sedikit pun tak mematahkan semangat beliau. Walaupun Abang Raja dah berjaya namun beliau tidak pernah sekali melupakan orang susah.

Sumber : Raja Shamri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...