Cuma Gunakan Sarung Bantal Dan Cuka, Tips Mudah Bersihkan Kipas Siling Tanpa Kotorkan Lantai

Kehidupan

Cuma Gunakan Sarung Bantal Dan Cuka, Tips Mudah Bersihkan Kipas Siling Tanpa Kotorkan Lantai

Biasanya kalau nak bersihkan kipas siling memang akan ambil masa yang lama sedikit. Bukan kena bersihkan kipas sahaja tapi lepas tu kena sapu lantai pula untuk bersihkan habuk. Kalau nasib tak baik, habuk tu beterbangan sampai kena perabot pun ada.

Untuk anda yang nak tahu cara mudah dan cepat tanpa berlu bazirkan masa, kami kongsikan tips mudah ini. Jadi boleh lah anda cuci kipas hujung minggu ni!

Advertisement

kipas siling
Yang pertama sekali, jangan gunakan tuala ataupun kain buruk sebab ianya tak sesuai digunakan. Bukan sahaja susah nak bersihkan tapi nanti habuk juga akan berterbangan dalam rumah.

Anda hanya perlukan dua barang sahaja iaitu sarung bantal yang sudah tidak digunakan dan cuka. Barang ni semua pun memang ada di rumah.

Semburkan cuka pada sarung bantal

sarung bantal
Larutkan dua sudu cuka bersama sedikit air kemudian masukkan di dalam botol spray. Semburkan pada bahagian dalam sarung bantal sehingga lembap.

Kalau anda nak tahu, cuka memang biasa digunakan sebagai agen pembersih kerana sifat berasid dan antibakteria. Tapi kalau anda tak mahu gunakan cuka, boleh gunakan pencuci biasa sahaja.

Sarungkan pada bilah kipas

kipas siling
Jadi inilah masanya untuk mencuci! Sarungkan bahagian yang lembap pada bilah kipas dan mula membersih. Pastikan habuk yang turun tu masuk ke dalam sarung bantal.

Jadi dengan cara ini, sarung bantal tu akan kumpulkan semua habuk tanpa anda perlu kotorkan lantai. Anda boleh kesat bilah kipas sehingga bersih.

cuci kipas
Anda boleh ulang langkah ini banyak kali sehingga bilah kipas bersih. Agak-agak kalau sarung bantal tu dah kering, boleh spray lagi larutan tadi tu.

Senang sahaja kan? Jadi anda boleh lah jimat masa tak perlu nak bersihkan lantai pula lepas tu. Sarung bantal yang dah digunakan tu pun boleh dicuci untuk gunakan semula bersihkan kipas.

Selamat mencuba!

Sumber: Sirap limau

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...