Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Cuma Garis Bra Nampak, Bukan Nampak Buah Dada Pun – Raja Ema

Sejak kemunculannya semula, Raja Ema memang kelihatan lebih muda, seksi dan bergaya. Kadang-kadang macam tak percaya pula yang salah seorang anak Raja Ema sedang menduduki SPM tahun ini. Iyerlah, muka Raja Ema nampak segar bugar, tegang dan badan pun nampak macam anak dara lagi.

raja ema

Terbaru ketika menghadiri perasmian butik Didie Alias, baju yang dipakai oleh Raja Ema telah menimbulkan kontroversi dan menjadi perbualan ramai. Mana tidaknya, memang jelas terserlah aset yang dimiliki olehnya. Fuh~~ Adakah Raja Ema ingin bersaing dengan Lana Nordin? Memang sukar untuk menentukan pemenangnya. Hehehe.

Advertisement

raja ema

Namun menurut Raja Ema, baju yang dipakainya OK dan tidaklah ketat sangat. Terang Raja Ema:-

Baju itu OK, tak ketat sangat pun. Bukannya saya tak pakai bra. Cuma garis bra saja yang nampak, tak adalah sampai nampak buah dada pun.

Benda ini tak patut jadi hal. Baju itu bukan ketat sangat pun, cuma saya tahu kesilapan berlaku kerana gaya saya bercekak pinggang ketika gambar diambil membuatkan dada saya terlalu menonjol.

Kebetulan pula material baju itu daripada getah sebab itu nampak garis bra saya. Kalau saya buat gaya lain, mungkin perkara ini tak jadi isu.

Advertisement

raja ema

Yang bagusnya, Raja Ema tidak berkecil hati dengan kritikan, cemuhan dan hinaan yang dilemparkan kepadanya. Tambah Raja Ema lagi:-

Sebab saya taknak gaduh atau besarkan hal, saya rasa apa pun sebenarnya. Cuma malas nak layan orang begitu. Orang yang bijak takkan cakap begitu pada orang lain.

Siapalah kita nak hukum dan hentam orang lain dengan teruk. Yang penting jadi diri sendiri dan niat kena bersih dalam tindak tanduk kita.

raja ema

Bagi Abang Nara, orang yang bijak tidak akan melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan orang lain mempertikaikan kewibawaan dan keperibadiannya. Entahlah, tafsiran “bijak” bagi setiap orang berbeza jadi ia terlalu subjektif untuk dibincangkan. Yang penting, biarlah Raja Ema bahagia dengan hidupnya. Tak gitu?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top