“Cuma Beri Nasihat Elak Main Pokemon Go, Bukan Haramkan. Jangan Putar Belit Kenyataan” – Mufti

Trending

“Cuma Beri Nasihat Elak Main Pokemon Go, Bukan Haramkan. Jangan Putar Belit Kenyataan” – Mufti

Susulan isu hukum penggunaan larangan terhadap permainan Pokemon Go baru-baru ini, kurator bagi laman Facbeook Mufti Wilayah Persekutuan, Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, telah tampil menjelaskan isu tersebut.

Advertisement

Menurut penulis status tersebut, salah faham telah berlaku terhadap kenyataan yang dikeluarkan dan Ustaz Dr. Zulkifli tidak pernah mengatakan permainan tersebut haram.

Menurut kenyataan itu, Ustaz Dr. Zulkifli tidak pernah memberi kenyataan permainan itu haram tetapi beliau menggunakan kalimah-kalimah yang menzahirkan KECENDERUNGAN beliau ke arah pengharamannya iaitu “PERLU DIJAUHKAN permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri jika permainan ini membawa kepada mudarat.

Berikut adalah penulisan penuh kenyataan tersebut.

“MUFTI MEMBERI NASIHAT AGAR ELAK DARI MAIN POKEMON GO, BUKAN MENYATAKAN HARAM SEPERTIMANA YANG DIPUTARBELIT OLEH SEGELINTIR MEDIA”

1. Pihak kami amat kesal dengan salahguna tajuk berkenaan fatwa Pokemon Go oleh beberapa media alternatif atas talian (online) yang sewenang-wenangnya meletakkan kesimpulan tanpa kajian mendalam. Manipulasi tajuk yang dibuat sedemikian memberikan imej yang negatif kepada institusi mufti dan kefatwaan dan imej agamawan Muslim keseluruhannya di mata umat Islam dan juga saudara-saudara non Muslim yang kita kasihi.

2. Jika diteliti dalam fatwa yang dikeluarkan oleh mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan, SS Mufti sama sekali tidak menggunakan istilah ‘Haram’. Apa yang jelas, beliau menggunakan kalimah-kalimah yang menzahirkan KECENDERUNGAN beliau ke arah pengharamannya iaitu “PERLU DIJAUHKAN permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri jika permainan ini membawa kepada mudarat.” Sebab utama SS Mufti tidak menggunakan istilah ‘Haram’ kerana ia bukan sesuatu yang qat’ie iaitu ada hukumnya dalam Qur’an dan Sunnah.

3. Kaedah sebegini adalah antara manhaj (metodologi) Imam al-Syafie dalam mengeluarkan hukum/fatwa. Sebagai contoh, Imam al-Syafie adakalanya dalam satu-satu hukum menyatakan ‘akrah’ (aku benci) atau kadangkala beliau kata ‘lam uhibb’ (aku tidak suka). Beliau tidak menggunakan istilah haram atau harus atau lain-lain istilah secara jelas. Untuk lebih lanjut, rujuk buku:
Zulkifli Mohamad al-Bakri, 2010. Istilah-Istilah Fiqah dan Usul: Empat Mazhab (Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)

4. Jika perkataan haram digunakan, ia adakalanya nemberi impak yang negatif dan mungkin kurang sesuai dengan situasi masyarakat kita. Tujuan SS Mufti memilih untuk menggunakan ayat “PERLU DIJAUHKAN permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri jika permainan ini membawa kepada mudarat.” adalah bagi menggambarkan bahawa beliau AMAT TIDAK GEMAR permainan Pokemon Go ini dimainkan atas beberapa hujah yang telah dinyatakan di sini

5. Justeru, kami menyeru kepada seluruh masyarakat untuk menyelidik terlebih dahulu akan berita-berita yang didengari atau didapati di media sosial. Bertakwalah kepada Allah dan ingatlah pesanannya dalam Surah al-Hujurat:

6. Boleh baca Bayan Linnas berkenaan konsep Tabayyun di sini

Sumber : FB Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...