Culas Jaga Keselamatan Anak, Shima Anuar ‘Naik Hantu’ Dengan Pembantu Rumah – “Ada Maid Ramai Pun Tak Guna”

Hiburan

Culas Jaga Keselamatan Anak, Shima Anuar ‘Naik Hantu’ Dengan Pembantu Rumah – “Ada Maid Ramai Pun Tak Guna”

Pelakon Shima Anuar meluahkan rasa marah selepas empat pembantu rumahnya dikatakan culas dalam menjaga keselamatan anak bongsunya, Harris ketika ketiadaannya di rumah.

Anak di pintu pagar seorang diri

Menerusi Instagram, Shima atau Noor Hashimah Anuar meluahkan rasa kesal apabila mendapat tahu anaknya berada di pintu pagar seorang diri tanpa pengawasan pembantu rumahnya.

Advertisement

Aktres berusia 34 tahun itu turut berkongsi rakaman video CCTV memaparkan dia sedang memarahi pembantu rumahnya selepas kejadian berkenaan terjadi.

Kejadian sebelum ini, saya keluar ambil Sophia dan Mikhael (anak) balik sekolah. Harris keluar dah sampai pagar. Kau rasa aku tak naik hantu ke? Ada maid ramai-ramai pun tak guna.

pembantu rumah shima anuar

Kata Shima, dia sentiasa menjaga hubungan baik dengan pembantu rumah namun kali ini akui sudah hilang sabar kerana mereka bekerja sambil lewa dan mengancam keselamatan anaknya.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu juga turut memuat naik tangkap layar mesej pembantu rumahnya dipercayai mahu berhenti kerja.

Daripada empat pembantu, sekarang semua hilang. Daripada aku stress, boleh sakit jiwa dengan perangai masing-masing. Bila dilayan baik, semua naik lemak.

IG story Shima Anuar

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shima Anuar (@shimaanuar)

mia azahar gelar pembantu rumah kepam
2025-04-15 15:16:15

Mia Azahar Gelar Pembantu Rumah 'Kepam' Bukan Sebab Hina Fizikal, Dakwa Tak Jaga Kebersihan - "Lap Peluh Dekat Muka Lepastu Pegang Anak Saya.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...