Cukur Biji Mata Untuk Mendapatkan Penglihatan Yang Lebih Cerah

Trending

Cukur Biji Mata Untuk Mendapatkan Penglihatan Yang Lebih Cerah

Baru-baru ini seorang pemotong rambut veteran menggemparkan ramai netizen apabila beliau mendedahkan yang dia sudah 40 tahun mencukur bola mata dengan menggunakan pisau cukur tanpa sebarang masalah.

Advertisement

Xiong Gaowu, 62 tahun, mempunyai kemahiran tersendiri yang berbeza dari pemotong rambut yang lain kerana mempunyai kemampuan untuk mencukur bola mata; ataupun lebih tepat sekali dipanggil mencuci mata dengan menggunakan pisau cukur.

Dilaporkan dalam proses pembersihan yang mengambil masa lebih kurang 5 minit ini, kelopak mata ditarik keluar untuk mendedahkan bebola mata. Kemudian bebola mata itu akan dibersihkan dengan mencukur dan mengikis dengan penggunakan pisau cukur yang sangat tajam.

Kelopak mata atas dan bawah akan dilakukan secara berasingan. Cecair iodin akan dititiskan ke atas pisau cukur sebelum digunakan bagi tujuan membunuh kuman.

Xiong juga melaporkan bahawa selama 40 tahun melakukan kerja ini, tiada lagi masalah mahupun rungutan yang daripada pelanggan-pelanggannya.

Menurut Xiong lagi, dia hanya menerima pelanggan yang berumur lebih daripada 30 tahun bagi mendapatkan servisnya itu. Baginya, mata generasi muda masih lagi kekurangan kekotoran dan mampu melihat dengan jelas.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan memcuci mata agar mengembalikan penglihatan yang cerah, anda boleh lah melawat kedai Xiong yang terletak di Chengdu, ibu negeri Wilayah Sichuan, barat daya China.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...