Written by Bella | April 11th, 2019

Susulan kontroversi panas penari bogel di majlis perkahwinan Ahya Rosli baru-baru ini, netizen telah melancarkan kempen untuk memboikot keluarga Normah Damanhuri termasuklah anak-anaknya, Ahya dan Liana Rosli (Kak KM). Ramai yang geram kerana keluarga tersebut seakan tidak menghormati agama Islam.

Menerima pelbagai kecaman sejak minggu lalu, akhirnya Kak KM tampil meminta maaf dengan harapan netizen tidak lagi memanjangkan isu tersebut. Bukan itu sahaja, beliau juga memohon agar orang ramai tidak memboikot produk jamunya.

Gara-gara tarian penari separuh bogel itu, ada yang nak lancarkan boikot terhadap produk jamu saya, tapi macam tak ada apa-apa pun. Saya rasa mungkin mereka hanya gertak sahaja kerana kasihan dekat saya. Itulah sumber rezeki kami, dengan duit itulah saya besarkan anak-anak.Jangan boikot-boikot. Kita sama-sama Melayu janganlah jatuhkan Melayu. Tenang, kita sama-sama cari makan.

Dalam pada itu, Kak KM akui ibunya, masih lagi bersedih dan terkesan dengan kontroversi itu. Harapnya netizen boleh berhenti mengecam ibunya yang sudah tua.

Cukuplah mengecam mama, kasihan dekat dia. Saya tidak kisah tentang diri saya, cuma fikirkan tentang mama yang sudah tua, apabila benda viral macam ni dia terkejut. Saya tidak sanggup tengok dia bersedih, saya takut kalau dia sakit kerana tertekan. Janganlah kecam mama lagi.

Saya dengan ikhlas hati memohon maaf kepada sesiapa yang terasa, percayalah ia berlaku tanpa niat dan tidak sangka viral sampai macam itu.

Apa yang berlaku ini boleh dijadikan pengajaran juga buat orang lain diluar sana. Selalu hormat agama kita dan jangan melakukan perkara yang boleh mengundang fitnah. Majlis perkahwinan biarlah bermula dengan sesuatu yang baik dan lebih berkat.

Sumber Berita : mStar Online

63 responses to Cukuplah Kecam Mama, Dia Dah Tua Takut Jatuh Sakit – Liana Rosli

  1. rarara says:

    just doakan dia dpt taufik n hidayah.besar pahala hangpa sume dr dok caci maki tmbh dosa.

  2. derrkkk says:

    “jangan kecam mama sebab dia dah tua, sy tak pe’
    derrr, ko ingat mati tu tua je ke. dah dah, malaikat Izrail kirim salam.

  3. kayu says:

    baik ngaku sape yang beli n guna produk diorg ni… korang la patut insaf sbb bagi diorg rezeki utk diorg jadi riak dan akbur

    me x beli produk timbang kilo ni…

  4. vavi says:

    roite..tp adik dia berabis menganjingkan netizen..orang lain pula minta maaf tp tuan badan ketawa dlm ig..boikot je semua

  5. Alia says:

    Knp nk jual produk perlu buat sesuatu yg lucah ke…tak perlu nk buat nk terkinja kinja…setakat promote dlm IG cara yg berkhemah org akan beli tk payah risau.bila dah keterlaluan sngt org akan boikot .jgn salahkan masyarakat kat luar sana .salah kan perangai sendiri.aku sendiri dah tak beli dah skrg…cukup lah 2 kali beli

  6. ziramanja says:

    tolong la u all tunjukkan kuasa kita ..unfollow / block terus je ig dia
    bg dia tgk kuasa kita senang2 ckp kita bodoh pergi mampus mulut mcm puaka