“Cukuplah Jangan Ganggu Kami, Biar Saya & Anak-Anak Bahagia Cara Kami” – ‘Pesanan’ Rita Rudaini Untuk Aidil Zafuan

Hiburan

“Cukuplah Jangan Ganggu Kami, Biar Saya & Anak-Anak Bahagia Cara Kami” – ‘Pesanan’ Rita Rudaini Untuk Aidil Zafuan

Beberapa hari lalu, pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa kesal apabila ada sesetengah pihak yang menuduhnya sengaja menjauhkan anak-anak daripada bapa mereka iaitu Aidil Zafuan, sedangkan anak-anak sendiri yang enggan berjumpa dengan pemain bola tersebut.

Minta Aidil berhenti ganggu

Terbaru, melalui temubual bersama pihak hlive, pelakon tersebut memohon kepada bekas suami untuk tidak menganggunya dan anak-anak lagi di masa akan datang.

Advertisement

Anak nak masuk darjah 1 pun macam tak ada apa-apa, jadi bagi saya cukuplah. Jangan ganggu kami.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Malah, Rita juga meminta agar Aidil membiarkan saja keluarga kecilnya bahagia dengan cara tersendiri kerana sudah terlambat untuk pemain bola sepak itu mahu berbaik dengan anak-anak.

Anak-anak tiada memori dengan bapa

Dalam pada masa yang sama, Rita turut berkata anak-anak langsung tidak mempunyai memori bersama bapa mereka kerana sudah ditinggalkan sejak kecil lagi.

Tak perlu nak datang, anak saya dah besar. Kalau nak datang, datang masa anak saya masih kecil. Masa ditinggalkan waktu 8 bulan dan 2 tahun.

Sekadar info, Rita Rudaini dan Aidil Zafuan pernah mendirikan rumah tangga bersama pada tahun 2008 tetapi perkahwinan itu berakhir dengan perpisahan pada tahun 2013.

rita rudaini
9 months ago

"Jasa Bapa Dia Cuma Bagi Benih!" - Tak Mengaku Anak Pertama Anak Kandung, Rita Rudaini Selar Netizen Yang Simpati Pada Aidil Zafuan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : hlive

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...