Sejak lebih daripada setahun lalu, kita boleh lihat banyak drama di Malaysia adalah adaptasi novel, tidak dinafikan ada yang naskahnya agak bagus dan memberikan kesan di dalam hati penonton tetapi ada juga yang agak mengarut tajuk dan jalan ceritanya.
Bahkan perkara itu juga mendapat perhatian pelakon Ayda Jebat yang berharap agar penerbit dan penulis skrip untuk tampil dengan idea baharu untuk menghasilkan drama berkualiti.
Kalau mengikut fikiran saya, sudah tiba masanya kita kembali menghasilkan naskhah drama atau filem yang bukan diangkat daripada novel.
Karyawan seni seperti penulis skrip dan penerbit ada kuasa untuk mengembalikan kegemilangan drama yang dihasilkan atas ilham sendiri.
Pernah popular menerusi drama Rindu Awak 200%, MAID, Isteri Separuh Masa, MAID dan Awak Sangat Nakal, Ayda bagaimanapun beranggapan drama adaptasi novel sudah “overratedâ€.
Selepas sering diberi tawaran berlakon drama yang diadaptasikan daripada novel, saya lihat ia bagai sudah menjadi ‘overrated.
Dalam pada itu, Ayda memberitahu beliau merasa teruja kerana diberi peluang membintangi drama yang bukan daripada adptasi novel arahan Raja Ahmad Alauddin yang bakal menemui penonton di slot Akasia TV3 tidak lama lagi.
Siapa yang setuju dengan pendapat Ayda Jebat? Benarkah penonton juga sudah muak dengan lambakkan drama adaptasi novel? Berikan komen anda dibawah.