Terkini seorang pelakon sensasi, Aniq Suhair yang sedang hangat menjadi bualan kerana dikatakan telah menghamilkan seorang wanita tersebut telah pun menukar status Instagramnya kepada privasi.
Hal ini mungkin dilakukan oleh kerana ingin mengelak dari orang ramai menghantar mesej dah sebagainya. Pelakon yang baru berusia 23 tahun ini terdahulu dituduh mengandungkan seorang perempuan dan individu tersebut telah tampil di media sosial memberitahu berita tergempar tersebut kepada orang ramai.
Tidak lama kemudian, perempuan yang sama tampil sekali lagi membuat kenyataan bahawa dirinya berbohong. Dia mengatakan Aniq tidak bersalah dan dia berbuat demikian hanya kerana inginkan perhatian netizen sahaja.
Sebenarnya memang betul Aniq Suhair telah buat saya hamil tapi dia telah memanipulasi saya dan menjanjikan macam-macam.
Jadilah lelaki yang bertanggungjawab. Berhenti mengkhianati orang, cukuplah berpura-pura.
Selepas kenyataan baru diikuti dengan video-video yang lain itu dikongsi di sebuah akaun TikTok yang menunjukkan semua bukti-bukti dakwaan tersebut, warganet tidak berdiam diri dan terus menghentam Aniq di ruangan komen dan media sosial yang lain agar pemuda tersebut bertanggungjawab.
Mungkin oleh kerana tidak tahan dikecam dan tak sanggup melihat kariernya lingkup, akhirnya dia mengambil keputusan untuk memprivasikan Instagram. Pada masa yang sama, warganet turut menunggu sebarang penjelasan dari pihak lelaki memandangkan dakwaan berkenaan bukan hal yang kecil.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.