“Cukup, Saya Penat. Lepaskan Saya” – Sesi Berdamai Gagal, Puteri Sarah Tetap Dengan Pendirian Mahu Cerai

Trending

“Cukup, Saya Penat. Lepaskan Saya” – Sesi Berdamai Gagal, Puteri Sarah Tetap Dengan Pendirian Mahu Cerai

Sebentar tadi, baru sahaja selesai sesi cubaan untuk berdamai di antara pengarah, Syamsul Yusof dan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana.

Bagaimanapun, difahamkan cubaan itu gagal malah sesi untuk mencari penyelesaian bersama Jawatankuasa Pendamai tersebut berlangsung secara berasingan.

Advertisement

Menerusi temu bual, Sarah mengakui enggan bersua muka dengan suaminya kerana tidak mahu berdamai dan tetap dengan pendiriannya untuk bercerai.

I taknak berjumpa, taknak sebilik. Dan saya tegaskan dekat sini saya masih dengan keputusan saya. Saya nak bercerai, saya taknak berdamai.”

Ketika sesi tersebut, Sarah berkata dia telah menceritakan segala-galanya kepada pihak jawatankuasa tersebut termasuklah dengan semua bukti yang ada.

Tambahnya, dia sudah cukup penat dengan apa yang dilaluinya sejak beberapa tahun lepas dan berharap agar ‘dilepaskan’ oleh Syamsul secepatnya.

Tegas Sarah lagi, jika suaminya enggan melepaskan dia bakal menggunakan khidmat hakam sebagai alternatif.

Syamsul Yusof sidang media
2 years ago

"Mungkin Ibu Mahu Saya Ceraikan Sarah, Maaf Saya Tak Boleh Buat Begitu" - Syamsul Yusof

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...