Cukup-Cukuplah Dengan Remy Ishak – Mira Filzah

Hiburan

Cukup-Cukuplah Dengan Remy Ishak – Mira Filzah

Meskipun ramai yang menyukai gandingan serasinya bersama Remy Ishak, pelakon Mira Filzah bagaimanapun enggan lagi terlalu kerap berlakon dengan aktor itu.

mira filzah

Advertisement

Keputusan itu bukanlah kerana dia mempunyai masalah peribadi dengan Remy, tetapi Mira bimbang peminatnya berpecah gara-gara terpengaruh dengan keserasian mereka. Impak gandingan mereka drama Pujaan Hati Kanda dan Lelaki Kiriman Tuhan mencetuskan fenomena luar biasa sehingga ada sesetengah peminat juga tidak boleh menerima hakikat sekiranya Mira berlakon dengan hero lain.

Saya tidak pernah cakap tidak tidak mahu lagi bekerjasama dengan Remy, malah saya tidak nafikan, dia antara pelakon lelaki yang hebat.

mira filzah remy ishak

Tetapi, pengaruh kedua-dua drama itu sangat kuat menyebabkan peminat sukar menerima saya bergandingan dengan pelakon lain. Ia tentu membimbangkan, terutama apabila melihat peminat saya berpecah. Saya tidak mahu perkara ini berlarutan.

Baru-baru ini, Mira kebetulan memakai baju warna sama dengan Remy pada malam Anugerah Telenovela 2019. Ramai yang menyangka mereka sememangnya bercinta dan sudah berjanji untuk berpakaian sedondon. Tidak dinafikan, aktres itu sudah sedikit “rimas” apabila perkara itu menjadi isu.

remy ishak mira filzah

Segala gosip mengaitkan saya dengan pelakon lelaki gandingan berpunca daripada peminat. Sebahagian mereka begitu mendesak dan ingin melihat apa yang berlaku dalam drama menjadi realiti.

Mereka menyangka saya dan Remy mempunyai hubungan istimewa sehinggakan apabila kami secara tidak sengaja menyarung persalinan rona sedondon pada Anugerah Telenovela 2019, baru-baru ini turut dijadikan isu.

mira filzah

Kalau kerap berlakon bersama, pasti satu hari nanti peminat akan rasa muak juga. Biarlah Mira dan Remy menjaga nilai eksklusif dan simpan segala momen magis supaya peminat merindui mereka.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...