Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Cukup-Cukuplah Aibkan Keluarga – Pesan Zed Zaidi Kepada Afiq Muiz

Akhirnya yang ditunggu-tunggu telah tiba jua. Abang Nara daripada hari itu menunggu kenyataan daripada Presiden SENIMAN mengenai kontroversi yang melanda Afiq Muiz dan ibunya. Hari ini, menerusi Media Hiburan, Zed Zaidi memberikan nasihat yang cukup bernas kepada Afiq.

zed zaidi

Advertisement

Kata Zed Zaidi:-

Afiq kena sedar, biarpun ini melibatkan hal keluarga, sebenarnya secara tidak langsung ia melibatkan imej artis juga. Cukup-cukuplah aibkan keluarga, buka pekung keluarga kerana keluarga ini sebenarnya adalah maruah kita. Seburuk-buruk mana pun ibu kita, kita perlu pertahankan dia dan Afiq sebagai seorang anak sebenarnya patut berjumpa ibunya ketika pertama kali artikel mengenai dirinya dikeluarkan. Bukannya membuat sidang media dan ‘menyerang’ ibunya semula. Satu saja pesan saya, wanita yang bergelar ibu, hanya ada satu, tiada galang ganti. Tetapi perempuan, ramai di luar sana, hilang satu, pasti ada gantinya

afiq muiz

Mantap gila nasihat Zed Zaidi kepada Afiq Muiz. Memang terserlah jati diri seorang pemimpin. Diharap Zed Zaidi dapat membuat inisiatif mengaturkan pertemuan antara Afiq dan ibunya. Biar mereka berdua berjumpa dan bermaaf-maafan antara satu sama lain. Kalau langkah ini dibuat, memang makin bertambah respek Abang Nara kepada Zed Zaidi.

P.S: Seni solekan kelopak mata yang sangat cool

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top