Perkahwinan anak sulung selebriti popular Indonesia, Ahmad Dhani dan Maia Estianty iaitu Ahmad Al Ghazali tular sepanjang minggu ini.
Asbab perkahwinan ini, ramai netizen Indonesia dan Malaysia mengimbau kembali kisah lama kecurangan Ahmad Dhani dan kepayahan dilalui Maia suatu ketika dahulu ketika puteranya masih kecil.
Sementara itu, isteri Ahmad Dhani pula iaitu Mulan Jameela menjadi bahan ejekan dan disindir masyarakat kerana perlakuannya berpuluh tahun yang lalu.
Turut meruntun hati ramai adalah ucapan dan kata-kata daripada Maia sebagai ibu kepada Al Ghazali serta dua anak lelakinya yang lain, Dul Jaelani dan El Rumi.
Antara ucapan yang menusuk hati dan membuatkan netizen turut sebak adalah pesanan Maia kepada Al Ghazali untuk menjaga isterinya, Alyssa Daguise dengan baik.
Cukup aku yang kurang beruntung sebagai isteri . tapi kelak anak laki-laki ku harus bisa membahagiakan isterinya, menyayangi isterinya.
Dan tak akan aku biarkan anak laki-laki ku menyakiti isterinya dan aku akan usahakan untuk menjadi mertua yang menganggap menantu sama seperti anak kandungku.
Dalam pada itu, Maia turut mendapat pelbagai pujian dan dikagumi ramai para ibu yang juga pernah berada di tempatnya kerana keperibadian dan kekuatan dimilikinya.
Mereka memuji sifat pemaaf Maia terhadap bekas suami dan bekas sahabatnya itu malah turut melayani anak Ahmad Dhani dan Mulan Jameela dengan baik.