“Cukai Tetap Kena Bayar” – Majikan Tinggal RM2,000 Dalam Akaun Selepas 2 Tahun Rugi, ‘Struggle’ Bayar Gaji Pekerja

Kehidupan

“Cukai Tetap Kena Bayar” – Majikan Tinggal RM2,000 Dalam Akaun Selepas 2 Tahun Rugi, ‘Struggle’ Bayar Gaji Pekerja

Bagi ramai orang, menjadi seorang bos nampak glamor — rumah besar, kilang besar, dan imej kehidupan yang berjaya.

Namun di sebalik tabir, tekanan dalam menguruskan perniagaan sering tidak terlihat.

Advertisement

Seperti pengalaman seorang majikan ini  yang memilukan tentang perjuangannya untuk memastikan syarikatnya terus bertahan.

majikan struggle kekalkan perusahaan, hanya tinggal 2k dalam akaun

Walaupun memiliki rumah dan menguruskan perniagaan dengan 10 pekerja, beliau mengalami kerugian selama dua tahun dan kini hanya berbaki RM2,000 dalam akaun bank, menghampiri kejatuhan.

Pengakuan tanpa nama ini dikongsikan oleh halaman Facebook XUAN dan segera menarik perhatian ramai netizen.

Saya beli rumah 10 tahun lalu dan masih membayar pinjaman. Perbelanjaan bulanan saya tidak menentu. Saya ada 10 pekerja untuk dibayar, tetapi sudah 2 tahun saya mengalami kerugian. Jika keadaan tidak bertambah baik bulan ini, syarikat saya mungkin terpaksa gulung tikar.

Beliau turut berkongsi bahawa apabila memeriksa akaun bank baru-baru ini, beliau sedar beliau tidak mampu lagi membayar pembekal.

majikan tinggal 2k

 

Tambah membebankan, bil utiliti, pinjaman kereta, dan pinjaman rumahnya semuanya tertunggak, manakala yuran sekolah anak juga belum dibayar selama dua bulan hingga guru kerap menghubunginya.

Beban emosi akibat kemungkinan perlu memberhentikan pekerja amat berat baginya.

Saya sendiri sukar untuk mengatakannya, tetapi ini mungkin bulan terakhir mereka bekerja di sini. Selama dua tahun ini, saya menggunakan semua simpanan hanya untuk mengekalkan syarikat. Kini, saya sudah tidak ada apa-apa lagi.

Sebagai tambahan, cukai pendapatan pula perlu dijelaskan bulan hadapan.

Walaupun hanya bergaji RM5,000 sebulan, beliau tetap perlu membayar cukai yang semakin mendesak.

gaji pekerja

Dalam tekanan kewangan yang semakin berat, beliau turut mempertimbangkan untuk menutup syarikat dan kembali menjadi pekerja biasa demi pendapatan stabil.

Namun, beliau bimbang pekerjanya akan membuat aduan ke pejabat buruh dan menuntut pampasan, sesuatu yang beliau tidak mampu tanggung ketika ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

BACA: 950 Pekerja Terjejas, Kilang Continental Kedah Ditutup Hujung 2025 Setelah 46 Tahun Beroperasi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...