Cukai Soda, Wajar Atau Tidak?

Trending

Cukai Soda, Wajar Atau Tidak?

Sumber: Awani

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, telah mengesahkan kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengenakan cukai soda terhadap minuman ringan di Malaysia.

Sumber: Malaysia Kini

Langkah itu bertujuan untuk mendidik rakyat Malaysia agar mengurangkan pengambilan gula dalam minuman seharian. Pengambilan gula berlebihan menyebabkan penyakit diabetes dan obesiti yang memang merupakan salah satu penyakit yang paling banyak dihidapi oleh rakyat di negara ini.

Advertisement

“Kadar diabetes di Malaysia sangat tinggi kerana kita mengambil terlalu banyak gula.”

Idea cukai baru itu pada mulanya dibangkitkan pegawai khas menteri kewangan Tony Pua pada 16 Ogos lalu bagi menggalakkan gaya hidup sihat.

Apa itu cukai soda?

Sumber: Medical News Today

Cukai soda atau cukai minuman bergula adalah cukai atau surcaj yang direka untuk mengurangkan pengambilan minuman dengan tambahan gula. Minuman yang tersenarai untuk cukai soda termasuk minuman ringan berkarbonat, minuman sukan dan minuman tenaga.

Antara negara yang telah menjalankan cukai soda ini ialah Denmark, Barbados, Fiji, Mauritius, Perancis, Samoa, Tonga dan United Kingdom.

Cukai tampung hasil negara

Idea ini disokong oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Saifuddin Nasution Ismail. Kerajaan perlu tampil dengan beberapa idea bagi menampung kekurangan hasil negara selepas pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

“Idea itu menarik dan berbaloi untuk kerajaan lihat kerana kerajaan mendapat pulangan melalui cukai yang dikenakan kepada produk minuman soda.”

Tak selesai masalah obesiti

Sumber: Medical News Today

Walaupun idea masih dalam pertimbangan kerajaan, tetapi ada pihak yang memberi pandangan tentang bagaimana pelaksanaan cukai ini sebenarnya belum tentu boleh mengurangkan masalah obesiti di Malaysia.

Sebuah badan penyelidikan dasar awam menasihatkan kerajaan berhati-hati terhadap cadangan cukai soda kerana masalah obesiti tidak dapat diselesaikan dengan hanya bergantung kepada cukai memandangkan minuman soda bukan satu-satunya penyumbang terhadap masalah obesiti.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial, Azrul Mohd Khalib berkata, keluarga berpendapatan rendah yang membelanjakan sebahagian wang ke atas minuman soda sebagai sumber tenaga murah akan terjejas dengan pelaksanaan cukai itu.

Katanya, kajian dan pengalaman di negara lain yang melaksanakan cukai sedemikian, seperti Chile, Mexico dan United Kingdom (UK), menunjukkan cukai soda mempunyai kesan jangka pendek serta panjang.

“Untuk jangka pendek, pengguna muda (berusia 13 hingga 30 tahun) dengan latar belakang sosial ekonomi berlainan kemungkinan besar akan mengurangkan pengambilan gula sehingga 80% berbanding purata pengguna, dengan beralih kepada minuman kurang gula.

Dalam jangka panjang, situasi itu akan menjadi normal dan pengguna mungkin membeli minuman soda sama, tetapi membayar harga lebih mahal.”

Masalah obesiti tidak dapat diselesaikan dengan hanya bergantung kepada cukai kerana ada penyumbang lain terhadap masalah itu.

Jadi wajar atau tidak pelaksanaan cukai soda di negara ini?

Sumber: Berita harian & Free Malaysia Today

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...