Cukai Minuman Bergula Dalam Cadangan, Langkah Didik Kurangkan Pengambilan Gula Berlebihan

Trending

Cukai Minuman Bergula Dalam Cadangan, Langkah Didik Kurangkan Pengambilan Gula Berlebihan

Kerajaan dalam cadangan untuk mengenakan cukai minimum ke atas minuman bergula diimport atau diproses di kilang tempatan adalah langkah praktikal bagi mengawal pengambilan gula di kalangan rakyat.

Advertisement

Yang Dipertua Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (Perdim), Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail berkata, pertubuhan itu percaya cadangan berkenaan adalah langkah jangka panjang berterusan bagi menghindari penyakit akibat pengambilan gula berlebihan, seperti kencing manis.

“Langkah itu juga penting bagi mendidik pengguna untuk menghargai kesihatan mereka melalui amalan pemakanan sihat dengan mengehadkan pengambilan diet bergula.

“Namun, kita memohon kerajaan memberi penjelasan terperinci mengenai cadangan tersebut supaya ia tidak disalah tafsir rakyat sebagai tindakan menarik balik subsidi dan sebagainya,” katanya, lapor Bernama.

Datuk Seri Dr S Subramaiam berkata, cadangan mengenakan cukai terhadap minuman bergula masih dibincang di peringkat kementerian dan sebarang keputusan bertujuan memberi kesan baik untuk kesihatan rakyat.

Dr Ahmad Shukri berkata, kawalan terhadap pengeluaran produk bergula adalah penting, memandangkan impaknya besar kepada kesihatan rakyat.

“Lambakan pelbagai produk yang mengandungi perisa gula tambahan dalam produk makanan dan bahan tambahan tidak diperlukan tubuh didapati amat mudah diperoleh di pasaran, di samping harga rendah.

“Ini menggalakkan lagi pengguna mengambil produk bergula, seperti minuman berkalori tinggi dalam tin, kotak atau botol dengan sewenang-wenangnya hingga menyebabkan ketagihan, seterusnya mengakibatkan tahap kesihatan mereka terjejas,” katanya.

Beliau berkata, produk bergula jika diambil secara berlebihan daripada keperluan tenaga harian boleh mengundang pelbagai penyakit kronik, terutamanya Sindrom Metabolik yang menjadi punca obesiti, kencing manis dan hiperkolesterolemia serta darah tinggi.

Katanya, Perdim memandang serius isu berkaitan produk bergula kerana ia merupakan satu daripada matlamat pertubuhan itu dalam usaha menggiatkan usaha ke arah mensejahterakan kesihatan masyarakat di negara ini.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...