Cucuk Kanak-Kanak Guna Garpu, Polis Buru Wanita Kurang Siuman

Kehidupan

Cucuk Kanak-Kanak Guna Garpu, Polis Buru Wanita Kurang Siuman

Malang tidak berbau buat seorang kanak-kanak perempuan apabila dia cedera di kepala dan tangan akibat terkena garpu di Taman Mount Austin, semalam.

Dalam kejadian jam 8 pagi, kanak-kanak itu dipercayai dicederakan oleh wanita kurang siuman yang berada di luar bangunan pusat tuisyen kawasan itu.

Advertisement

Sementara itu, Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu selepas laporan polis dibuat bapa mangsa.

cucuk kanak-kanak guna garpu

“Ketika berada di Taman Mount Austin, di sini, pengadu memaklumkan anak perempuannya  berumur tujuh tahun telah didatangi seorang wanita yang disyaki kurang siuman”.

“Wanita itu telah mencucuk anak perempuan pengadu menggunakan garpu sehingga menyebabkan cedera pada bahagian kepala dan tangan, kemudian melarikan diri. Suspek yang tidak dikenali itu dipercayai kurang waras”.

Polis sedang mencari suspek yang masih belum dikesan ketika ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...