Cucu Sering Dikecam, Rozie Othman Dedah Ada Nasihatkan Syasya Dolla – “Seksi-Seksi Macam Ni, Nenek Tak Berkenan..”

Hiburan

Cucu Sering Dikecam, Rozie Othman Dedah Ada Nasihatkan Syasya Dolla – “Seksi-Seksi Macam Ni, Nenek Tak Berkenan..”

Pelakon veteran, Rozie Othman mendedahkan dia ada menasihatkan cucunya, Syasya Rizal yang juga merupakan salah seorang anggota kumpulan penyanyi, Dolla.

Rozie atau nama sebenarnya Rasnah binti Othman berkata, dia ada menasihati cucunya agar tidak tampil dengan pakaian yang terlalu seksi sehingga menjadi perhatian orang ramai dan dikecam netizen.

Advertisement

Menurut pelakon berusia 61 tahun itu, dia sudah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang nenek dengan memberi nasihat, namun selebihnya terpulang kepada Syasya untuk menerimanya atau tidak.

Pasal pakaian seksi Syasya tu, saya tahu dan dah cuba nasihatkan dia. Saya cakap pada dia, seksi-seksi macam ni, nenek tak berkenan. Kurangkan, cuba ubahlah.

rozie othman

Saya pun dulu pernah muda macam dia, jadi fahamlah juga jiwa orang muda ni. Cuma, apa yang saya harap dia dapat terima nasihat saya bagi tu.

Dalam pada itu, Rozie mendokan agar Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah binti Shahrizal mendapat hidayah daripada Allah dan terus berjaya dalam karier seni yang diceburinya.

Dia masih muda dan perjalanan juga jauh lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

dolla seksi
1 year ago

"Billie Eilish Siap Pakai 'Handsock'" - Pemakaian 'Double Standard', Kumpulan Dolla Dikecam Kerana Terlalu Seksi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...