Cucu Kerabat Diraja Diugut Bun*h, Dicekik Suami Penagih Warga Mesir

Berita

Cucu Kerabat Diraja Diugut Bun*h, Dicekik Suami Penagih Warga Mesir

Seorang lelaki warga Mesir direman empat hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh bermula hari ini selepas disyaki memukul, mencekik dan mengugut bunuh isterinya, yang juga cucu kepada seorang kerabat diraja, dalam kejadian di sebuah hotel di Banda Hilir, semalam.

Perintah reman terhadap suspek berusia 48 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret N. Sivashangari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Advertisement

cucu kerabat diugut bunuh

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira 10 pagi apabila wanita berusia 57 tahun itu menemui kotak rokok di bawah bantal suaminya yang mengandungi tiub kaca dan bahan dipercayai dadah jenis ganja serta syabu sebelum mengambilnya.

Apabila mendapati bahan itu hilang, lelaki tersebut menjadi marah dan berlaku pergaduhan antara mereka berdua.

Ketika bertengkar, suspek dikatakan menekup muka isterinya dengan bantal dan mencekik leher mangsa yang juga ahli perniagaan hartanah di Selangor.

Suspek kemudiannya memaksa isterinya menyerahkan semula bahan terlarang tersebut sebelum menemuinya di dalam beg tangan wanita itu, lalu meninggalkan hotel.

Tambah sumber, suspek kembali semula ke hotel kira-kira 11.30 pagi dan bertindak membalut hirisan daun kering tersebut serta menghisapnya sambil meneguk minuman keras di hadapan isterinya.

Tidak lama selepas itu, pertengkaran berulang dan suspek menampar pipi isterinya serta memukul perut mangsa beberapa kali.

Malah lelaki berkenaan turut menarik wanita tersebut ke arah balkoni seolah-olah mahu menolak ke bawah sebelum mengugut akan membunuhnya.

Kes kini sedang disiasat lanjut oleh pihak polis bagi menentukan punca sebenar kejadian serta mengenal pasti sama ada suspek berada di bawah pengaruh dadah ketika kejadian berlaku.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-10-05 11:18:33

“Alhamdulillah” – Zizi Kirana Kembali Aktif Di Media Sosial, Kongsi Video Ketibaan Peserta Flotilla Di Istanbul

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...