“Cuci Hati Kau Dulu Sebelum Kau Nak Suruh Orang..” – Dituduh Riak Tayang Anak Hafaz Al-Quran, Rita Rudaini Selar Individu

Hiburan

“Cuci Hati Kau Dulu Sebelum Kau Nak Suruh Orang..” – Dituduh Riak Tayang Anak Hafaz Al-Quran, Rita Rudaini Selar Individu

Pelakon sensasi, Rita Rudaini dianggap riak oleh netizen apabila dia telah memuat naik video di media sosial melihatkan  anak lelakinya yang mampu menghafaz al-Quran. Menurut Rita pula, ia adalah sesuatu perkara yang baik dan sebagai semangat untuk orang lain.

Hadiah Allah untuk Rita

Pada awalnya, Rita hanya memuat naik video yang memaparkan anak sulungnya sedang mengalunkan bacaan al-Quran ketika mereka berada di Masjidil Haram, Makkah. Menurut pelakon ini, kelebihan yang dimiliki anak lelakinya itu dianggap sebagai hadiah terindah yang dikurniakan oleh Allah SWT kepadanya.

Advertisement

Masa ini umur Ryan 10 tahun dalam Masjidil Haram.

 

Sayu Mummy tengok. Inilah hadiah yang Allah nak beri pada Mummy, anak-anak yang terang hatinya mencintai al-Quran dan lembut hati.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Selar komen netizen

Dalam pada itu, ada pula segelintir pihak yang tidak setuju dengan tindakan aktres ini kerana dianggap sengaja menunjuk kebolehan puteranya itu. Namun, tidak berdiam diri, Rita menyelar komen yang ditinggakan oleh seorang individu di ruangan komen hantaran yang sama.

Tak perlulah nak tayang anak pandai macam-macam. Anak orang lain pandai juga, boleh baca al-Quran. Bukan anak awak sahaja yang pandai.

 

Kau tu yang kena bersihkan hati hitam tu. Kau tengok orang semua dari sudut negatif hati busuk kau,

 

Cuci hati kau dulu sebelum kau nak suruh orang cuci hati. Kau sibuk tilik hati hati orang tapi hati kau sendiri berlendir hanyir, kau sendiri pun dah lali dengan bau hati kau kan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Sekadar info, Rita sempat mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak hebat, Aidil Zafuan pada 2008 sebelum bercerai pada 2013. Hasil perkahwinan itu, Rita dikurniakan dua orang anak lelaki.

rita rudaini
9 months ago

"Jasa Bapa Dia Cuma Bagi Benih!" - Tak Mengaku Anak Pertama Anak Kandung, Rita Rudaini Selar Netizen Yang Simpati Pada Aidil Zafuan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...