Satu perkongsian model dan pelakon jelita Alicia Amin di media sosial Instagram miliknya baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai.
Dalam hantaran tersebut, Alicia mengucapkan selamat tinggal kepada haiwan peliharaanya iaitu anjing yang diberi nama Luna.
Namun, lain pula yang dipandang netizen apabila model terkenal itu dilihat memakai baju berupa singlet sehingga menampakkan bentuk badan yang privasi.
Ia sekaligus mengundang perspektif negatif daripada netizen dan ramai yang menasihatkan agar Alicia memakai pakaian yang lebih sopan dan tidak memegang anjing sesuka hati.
Jika dahulu, Alicia sering menerima kecaman kerana sering memuat naik foto bersama anjing-anjing peliharaannya di media sosial.
Tidak mengambil endah dengan kritikan netizen, Alicia kini sering menghiasi kaca TV dengan drama-drama lakonannnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.