Cubaan Menyelinap Masuk, Lelaki Rempuh Pangsapuri Taylor Swift Dengan Kereta

Hiburan

Cubaan Menyelinap Masuk, Lelaki Rempuh Pangsapuri Taylor Swift Dengan Kereta

Sebuah pangsapuri yang didiami bintang antarabangsa, Taylor Swift telah di rempuh masuk oleh seorang lelaki yang didapati sedang mabuk di Franklin Street sekitar kejiranan Tribeca.

Polis telah menahan pelaku, Morgan Mank yang telah merempuh masuk ke dalam pangsapuri itu dengan menggunakan kereta yang dipandunya sekitar pukul 3 pagi waktu tempatan.

Advertisement

Cubaan lelaki berusia 31 tahun itu untuk menyelinap masuk bagaimanapun berjaya digagalkan pihak polis.

Dia dibawa ke hospital sejurus ditangkap dan akan didakwa kerana memandu dalam keadaan berbahaya.

Advertisement

Difahamkan, Swift memiliki beberapa buah kediaman dan sebuah rumah bandar di pangsapuri berkenaan.

mank

Mank yang juga merupakan peminat Taylor Swift dilihat tersenyum dan melambai selepas dibebaskan dari mahkamah pada Jumaat.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Blank Space itu masih belum memberi sebarang maklum balas berhubung kejadian itu.

freddie
4 bulan lalu

Tawar Khidmat Beratur, Lelaki Ini Raih RM119 Sejam Beratur Untuk Orang Lain

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Daily Mail

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...