Polis menahan tujuh lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan memecah masuk kedai dan melarikan mesin bitcoin bernilai RM50,000 di Kampung Sungai Karang Pantai.
Kesemua mereka yang berusia antara 22 hingga 37 tahun itu ditahan ketika sedang mengangkat peralatan terbabit ke dalam sebuah lori kira-kira jam 3 pagi.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, kesemua lelaki terbabit ditahan sepasukan anggota Pasukan Petugas Khas Covid-19 dan Pencegahan Jenayah dari Balai Polis Beserah.
“Semua suspek yang berasal dari Kuantan dan tidak mempunyai pekerjaan tetap”.
“Polis turut merampas 66 mesin Bitcoin dianggarkan bernilai RM50,000, sebuah lori dan kereta serta peralatan pecah rumah”.
Tambahnya, siasatan awal mendapati tujuh lelaki terbabit mempunyai rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah. Kesemua suspek kini direman sehingga 22 Mei bagi membantu siasatan.
Kes turut disiasat mengikut Seksyen 28 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana memiliki peralatan pecah rumah dan boleh dipenjara enam bulan atau denda jika sabit kesalahan.
Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara 14 tahun dan denda atau boleh dikenakan sebatan.
Mohamad Noor berkata, kompaun RM2,000 turut dikeluarkan setiap suspek kerana didapati turut melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).