Sejak kebelakangan ini, acap kali kes yang melibatkan pembunuhan kejam dan cubaan membunuh diri keluar di platform sosial media. Rata-ratanya adalah kerana tekanan perasaan dan emosi yang tidak terkawal.
Pagi ini, seorang wanita dikhabarkan cuba membunuh diri untuk terjun dari bumbung jejantas Stesen Monorail Jalan Maharajalela hari ini. Apa kes ni?
Lebih membahayakan, wanita itu juga memegang sebilah pisau dan meletakkan ke leher bertujuan menghalang pihak yang cuba menyelamatkannya.
Kejadian berlaku pukul 8.57 pagi tadi telah mengundang kerisauan kerana sikap wanita itu yang bertindak di luar kawalan.
Hasil tindakan pantas pasukan bomba berjaya menyelamatkan wanita berusia 39 tahun itu dari bumbung yang berketinggian 30 kaki.
Ketika insiden, komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Wan Hamizan Kamaruddin dalam satu kenyataan berkata, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.
Lapor Malaysia Gazzete, mangsa kini diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Mujurlah wanita ini selamat ya..