Video dikongsikan usahawan Kieda di Instagram mencuri perhatian apabila dia menunjukkan salah satu produk ‘panas’ dijual di kedainya.
Menerusi Instagram, Kieda telah berkongsi bagaimana rupa dan tekstur pencuci mulut tular, Tiramisu yang sebelum ini menjadi bualan kerana dijual pada harga RM40.
Kieda dilihat menunjukkan isi dalam bekas Tiramisu tersebut sambil menerangkan tentang kos-kos dan bahan premium yang digunakan.
Hantaran itu turut menjadi perhatian dan bualan ramai di platform Threads di mana rata-ratanya bercakap tentang produk Tiramisu dijual Kieda serta cara sebutannya yang salah.
Keras kejung. Harey nampak pun tak sedap.
View on Threads
Meskipun cara sebutannya salah, sesetengah netizen berpendapat Kieda sengaja menyebut beberapa perkataan itu secara salah untuk tujuan marketing.
Ada juga individu yang mengkritik Kieda kerana memerli netizen yang berkata Tiramisu dijualnya mahal. Kata individu itu, harga RM40 sudah tentulah dianggap mahal kerana dijual pada target market luar bandar.
U jual harga tu area sana, u aim crowd kat sana of course lah mahal. Sebab kami di KL pun makan di aesthetic cafe pun harga bawah rm40.
Sebelum ini, Kieda dan produk Tiramisu dijualnya pernah menjadi bualan hangat kerana harga yang dijual dianggap terlalu mahal untuk saiz yang ditawarkan.
Seperti yang ramai tahu, ini bukan kali pertama Kieda menerima kritikan ramai bukan hanya sebab produk tetapi juga tingkah lakunya.