Cuba Nasib Bertanding Dalam Vokal Mania, Pelakon Wafariena Mahu Dikenali Sebagai Penyanyi

Hiburan

Cuba Nasib Bertanding Dalam Vokal Mania, Pelakon Wafariena Mahu Dikenali Sebagai Penyanyi

Pelakon drama popular 7 Hari Mencintaiku 2 , Wafariena yang membawa watak Nurul drama tersebut telah menarik perhatian penonton apabila tampil bertanding dalam sebuah program nyanyian iaitu Vokal Mania di saluran televisyen TV3.

Dia yang bertanding sebagai penyanyi amatur ataupun digelar ‘rookie’ dalam program itu dilihat mempunyai bakat terpendam dalam bidang nyanyian.

Advertisement

Rata-rata netizen juga tidak menyangka pelakon tersebut boleh menyanyi dan merupakan salah seorang daripada 24 penyanyi amatur yang mengambil bahagian dalam rancangan Vokal Mania yang bersiaran setiap 9 malam pada hari Sabtu di TV3.

“Alhamdullilah..saya menerima banyak komen yang positif selepas program tersebut. Saya sudah lama impikan untuk menyanyi di pentas seperti itu. Menyertai program itu buat saya rasa gembira. Sejak kecil lagi memang impian saya nak jadi seorang penyanyi,”

Turut menjelaskan bahawa dia turut menerima kritikan kerana seolah-olah ingin ‘membolot’ semua yakni menjadi pelakon dan penyanyi, Wafariena berkata dia bermula di industri seni dengan menyanyi.

Malah, sebelum dikenali dengan watak Nurul dalam popular itu, Wafariena sebenarnya sudah mempunyai lagunya sendiri berjudul Nafas Cinta dan Carilah Aku.

Dia dalam pada itu turut sempat meluahkan rasa syukur kerana diberikan peluang untuk berlakon terutamanya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Masa awal-awal PKP itu, aktiviti seni saya terjejas juga sebab ketika itu fokus saya hanya pada nyanyian. Waktu itu tiada sebarang acara boleh dijalankan. Alhamdullilah..selepas diberi peluang dalam lakonan, saya banyak terima tawaran ke arah itu pula. Kalau dulu fokus saya hanya pada nyanyi tapi kali ini saya boleh buat kedua-duanya.. berlakon dan menyanyi,” – Wafariena

Sumber : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...