Cuba Lari Dari Polis, Tiga Suspek Cuba Terjun Jejambat

Trending

Cuba Lari Dari Polis, Tiga Suspek Cuba Terjun Jejambat

Cuak punya pasal, sanggup bahayakan nyawa. Ini yang terjadi di Jalan Tampoi, Iskandar Puteri semalam apabila tiga suspek pecah rumah nekad terjun dari jejambat berhampiran sebuah pusat membeli-belah apabila dikejar polis.

Selepas mengalami kecederaan, ketiga-tiga mereka berjaya ditahan pihak polis. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Kah!

Advertisement

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, anggota polis yang sedang melakukan rondaan terserempak dengan Perodua Myvi dalam keadaan yang mencurigakan kira-kira jam 4.45 pagi di tepi jalan Seri Orkid berhadapan Hutan Bandar, Taman Mutiara Rini.

Kemudian, polis mengarahkan kereta itu supaya berhenti tetapi mereka memecut laju. Ketika polis sedang mengejar, kereta tersebut terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Jalan Tampoi berhampiran Plaza Angsana Johor Bahru.

Pemeriksaan mendapati empat lelaki tempatan berusia 22 hingga 30 tahun berada di dalam kereta berkenaan.

Ketika proses tangkapan dibuat, tiga daripada mereka bertindak terjun dari jejambat menyebabkan suspek patah tangan, bahu dan pinggang.

Tiga suspek yang cedera kini berada dalam keadaan stabil dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah Johor (HSA) Bahru.

Semua suspek direman seminggu bermula hari ini sehingga 29 Jun ini, selain kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan, Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...