Cuba Gincu ‘Tester’ Di Butik Terkenal, Seorang Wanita Dijangkiti Penyakit Oral Herpes

Trending

Cuba Gincu ‘Tester’ Di Butik Terkenal, Seorang Wanita Dijangkiti Penyakit Oral Herpes

Viral seorang wanita di California telah bertindak menyaman sebuah gedung yang menjual alat kecantikan kerana mendakwa dia dijangkiti penyakit herpes oral selepas cuba gincu sampel di gedung tersebut yang terletak di Los Angeles.

Advertisement

Memetik laporan The Sun, Herpes oral merupakan sejenis penyakit yang menyebabkan bintik-bintik seperti kudis tumbuh di bahagian bibir, gusi, lidah dan dalam pipi. Penyakit ini boleh berjangkit melalui air liur atau kulit yang telah dijangkiti.

Mangsa yang bernama Elena Davoyan berkata, mendakwa dirinya tidak pernah menghidapi penyakit tersebut sebelum ini dan menyelar butik alat kecantikan tersebut kerana gagal mengeluarkan sebarang amaran tentang risiko apabila menggunakan produk sampel mereka.

Elena juga mendakwa butik tersebut tidak mengambil langkah kebersihan untuk mengelakkan kepada jangkitan herpes seperti menyediakan swabs pengelap atau berus penyapu lipstik yang lain.

Dalam pada itu, pihak butik berkenaan telah mengeluarkan kenyataan bahawa keselamatan pelanggan yang datang ke butik mereka adalah menjadi perkara yang diutamakan pihak mereka.

“Adalah menjadi dasar kami untuk tidak memberi komen mengenai sebarang hal berkenaan tindakan undang-undang, namun, kesihatan dan keselamatan klien kami adalah yang paling utama. Kami sangat mengambil kira tentang kebersihan dan sentiasa mengamalkannya di gedung-gedung kami.”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...