Written by Bella | August 14th, 2018

Sangat mesra dan rapat antara satu sama lain, sudah beberapa kali pelakon Alvin Chong dan Emma Maembong dikatakan mempunyai hubungan istimewa. Saling membuat kejutan dan disertai oleh hadiah istimewa untuk hari jadi masing-masing, ia menguatkan lagi dakwaan hati Alvin dan Emma dipenuhi rasa kasih antara satu sama lain.

Tidak mahu orang ramai terus salah faham dengan keakraban mereka, Alvin mengakui beliau takut untuk keluar dengan Emma lagi. Sengaja mengelak diri kerana tidak mahu menimbulkan sebarang masalah.

Kami pernah keluar bersama tetapi bukan berdua kerana turut ditemani pengurus serta rakan. Namun, tetap ada individu yang tidak peduli biarpun ada orang lain bersama kami. Asalkan nampak kami bersama, pasti ada salah anggap dan ingat kami bercinta.

Saya cuba elak diri kerana tidak mahu menimbulkan masalah di antara saya dan Emma. Oleh itu, saya bimbang mengajak dia keluar sekali lagi.

Alvin dan Emma mula bersahabat baik sejak membintangi drama Awak Suka Saya Tak.  Kemesraan mereka mula menjadi perhatian dan dikatakan sedang hangat bercinta selepas hubungan Emma dan Kamal Adli putus.

Sumber Berita : Harian Metro

21 responses to Cuba Elak Diri Keluar Dengan Emma, Tak Mahu Digosipkan Bercinta – Alvin Chong

  1. Wateverr says:

    Kahkahkah.. lelaki cina pon tau malu and jauhkan diri dari emma utk elak fitnah. Yg si emma dok tekinje kinje kelua ngn semua jantan n post gambar yg memberi peluang kepada fitnah.. akhir zamannnn

    43

    0
  2. Anonymous says:

    Diorg cannot go dgn perangai childish ema kah?

    3

    2
  3. Rara says:

    Masalahnya alvin da ada gf chinese. Emma pun da ada bf org Johor ;) bkn org sebarangan ye. So buat apa la netizen ni nak beria nak bash emma. I’m not a fan of her but that’s the fact.

    10

    0
  4. Juli says:

    Harap kali ni Emma dh makin cerdik dlm bercinta..industri m’sia pun mcm dh sejuk..cepat2 kahwin lh Emma utk masa depan.

    6

    0
  5. Anonymous says:

    Emma tolong jadi mahal sikit!!!

    4

    0
  6. emmagedik says:

    tak yah la alvin terkinja kinja dengan emma ni. kan dia gedik-gedik pula.

    0

    0
  7. Artis 80an says:

    Emma salah seorg artis yg bertudung dh nmpk sopan n cantik hrp Emma jagalh batas2 seorg wanita Muslim..Kami akn tabik pd artis yg pandai jaga maruah diri. Sebagai artis bergaul antara lelaki mmg x boleh elak cuma ada batas..itu saja nk pesan.
    #sayangemma

    7

    0
  8. nok gebuzzz says:

    emma ni dari pkian mmg dia ok la…x seksi sgt tonjol sana sini…sekali dah kena sound haritu terus dia berubah sikit demi sikit….org pon cantik….cuma perangai jer kena tukar sikit…

    7

    0
  9. Cik_Melah says:

    Aerma ni tolong la. Asyik je terlibat dengan cinta lokasi. Dah la kalau berlakon semua skrip dan watak yg tak mencabar. Gosip je lebih dia ni.

    1

    0
  10. Plsdontsueme impoor i jist wanna a says:

    But I SHIPPP them two. Like I ship chacha n her Chinese boifiey

    1

    0
  11. ikan says:

    habis madu sepah dibuang bersepah-sepah.

    0

    0

Leave a Comment

Optional