Walaupun sudah lama ianya dilancarkan, aplikasi FaceApp masih lagi mempunyai ramai pengguna setia dan peminatnya yang tersendiri. Tidak ketinggalan buat anak kepada pengasas Vida Cosmetics iaitu CikB yang turut tidak ketinggalan menyunting wajahnya menggunakan aplikasi ini.
Hanya sejam selepas memuat naik foto suntingan FaceApp miliknya di ruangan twitter, CikB terus menjadi perhatian warganet yang mengikuti perkembangannya di media sosial.
Perghh cam gangster pic.twitter.com/22yclBEnqW
— cikb havoc (@HavocCikb) June 17, 2020
Yang menjadi bualan hangat kerana ternyata foto yang dimuatnaik CikB agak kelakar kerana menyerupai seorang lelaki yang mempunyai gaya gangster.
Rata-rata netizen terhibur dengan foto berkenaan dan telah menarik perhatian hampir 20,000 warga twitter serta mendapat lebih 6,700 ulang kicau.
Sebagai hiburan, ada netizen yang menyamakan CikB dengan DJ Khaled dan juga pelakon Along Eyzendy.
Sebagai info, FaceApp merupakan aplikasi yang boleh merubah wajah anda mengikut jantina dan umur yang dikehendaki pengguna.