Cuba-Cuba Jadi Penghantar Makanan, Waris Nak Ingatkan Diri Agar Sentiasa Bersyukur

Hiburan

Cuba-Cuba Jadi Penghantar Makanan, Waris Nak Ingatkan Diri Agar Sentiasa Bersyukur

Penyanyi rap yang berasal dari Negeri Sembilan, Waris telah mencuri tumpuan peminat dan pengikutnya di Instagram apabila dia ada memuat naik foto memaparkan dia kini menjadi penghantar makanan ataupun lebih dikenali sebagai ‘rider’.

WarisSumber : Instagram Waris  

Dalam entri itu, Waris memberitahu bahawa dia mencuba untuk mencari rezeki dengan cara yang baru.

Advertisement

Ternyata, ianya telah mencuri tumpuan peminat yang beranggapan bahawa dia kini sudah berubah kerjaya menjadi seorang rider penghantar makanan.

Pelbagai respon telah timbul malah ada juga yang beranggapan Waris cuba merendahkan pekerjaan sebagai penghantar makanan pada waktu ekonomi yang semakin meruncing kini.

Jelas Waris, dia sama sekali tidak mempunyai niat untuk memandang rendah kepada tugas-tugas seperti itu namun menyifatkan pekerjaan yang digalas seorang rider bukanlah sesuatu yang mudah.


“Satu hari tukar karier sebagai rider banyak juga rintangan. Setakat kena ranjau itu biasa, hujan lebat itu biasa..bagi rider lah. Bagi aku ni tugas berat dan aku tak mampu, yang aku mampu buat lagu saja..”


Tambah Waris lagi, dia hanya ingin mencuba menjadi penghantar makanan dan merasakan sendiri pengalaman itu. Menurut penyanyi lagu Rembau Most Wanted ini, niatnya hanyalah ingin mengajar diri agar sentiasa bersyukur dengan apa yang dimilikinya kini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...