Disebabkan makin banyak kes kecurangan suami tular di media sosial, seorang isteri tergerak hati untuk memerika telefon bimbit suaminya sendiri.
Bagaimanapun, selepas melihat sejarah carian di Google dia tidak tahu jika perbuatan suaminya itu dikategorikan sebagai curang atau tidak.
Kitorang baru kahwin dan baru dapat anak. Dia buat benda tu sejak I hamil 3 bulan. Apa yang dia buat is dia create akaun ome tv dan video call dengan stranger dalam tu.
Bukan itu sahaja, wanita tersebut mendapati suaminya turut memuat turun aplikasi temu janji seperti Tinder dan Flingster dan barulah dia tahu bahawa aplikasi tersebut adalah untuk benda lucah.
Lebih jijik lagi, wanita itu juga dapat tahu bahawa suaminya merakam atau ambil gambar punggung pelanggan ketika dia menghantar makanan sewaktu membuat kerja separuh masa.
Jijik kan? Tapi gambar atau video kebanyakannya adalah warga asing yang keluar pakai baju tidur atau seluar pendek. I taktau la fetish dia ke tapi benda ni melampau bagi saya.
Membuat luahan menggunakan akaun palsu, wanita itu turut berkongsi di Threads beberapa gambar bukti carian Google suaminya.
I tak jumpa yg betul betul kukuh buktikan dia berzina tapi ini pun dah cukup la kot 💔.
View on Threads