Sedia maklum, tiga hari yang lalu penyanyi jelita, Wany Hasrita telah selamat disatukan serta sah bergelar sebagai seorang isteri kepada jejaka pilihannya iaitu Al Adib Fahmi.
Perkhabaran tersebut sememangnya mengejutkan ramai pihak, namun kebanyakkannya turut gembira kerana penyanyi jelita itu akhirnya menamatkan zaman bujang tanpa diketahui orang ramai mengenai kisah percintaannya.
Difahamkan, Wany sudah mengenali suami sejak tahun 2010 dan memberitahu cara suami memikat dirinya hanya dengan membuat lawak kartun saja, namun alasan itu ada membuat segelintir netizen tidak senang hati.
Sebab dia pilot. Cuba man belon buat lawak kartun. Satu HA pon belum tentu dapat. Apa2 pon tahniah Wany and husband. ?? pic.twitter.com/gft1EfmOOD
— Ruthless (@SorayaJAdam) July 23, 2022
Seperti ciapan yang tular baru-baru ini, individu terbabit berkata Wany boleh menerima lawak yang dilakukan oleh suami kerana dia adalah seorang pilot dan jika jejaka itu tidak mempunyai rupa, sudah pasti Wany tidak melayan.
Lebih mengejutkan, ramai juga netizen yang mempunyai pandangan yang sama serta merasakan Wany dapat menerima suami dengan hati terbuka kerana dia mempunyai rupa serta harta.
Namun begitu, ada juga netizen yang menyebelahi Wany dan merasakan mereka yang meluahkan rasa seperti itu sememangnya toxic kerana hal seperti itu tidak sepatutnya dibangkitkan jika mereka sudah pun dijodohkan untup hidup bersama.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.