Cuba Alih Perhatian Rakyat, TMJ Dedah Rancangan ‘Pihak Tertentu’

Trending

Cuba Alih Perhatian Rakyat, TMJ Dedah Rancangan ‘Pihak Tertentu’

13325641_631275513702418_4518557356226211869_n
Tengku Mahkota Johor, HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) dalam postingnya semalam mendedahkan terdapat rancangan ‘orang-orang besar’ dan organisasi tertentu yang cuba mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu-isu lebih besar dalam negara bagi membolehkan mereka melaksanakan misi tanpa disedari.
TMJ berkata sedemikian menerusi satu posting di Facebook Johor Southern Tiger.

Kadang-kadang ada antara pages-pages didalam sosial media diupah oleh sesetengah organisasi yang mempunyai kuasa supaya melaga-lagakan rakyat bagi mengalihkan perhatian isu-isu lebih besar dalam negara kerana ini membolehkan orang-orang dan organisasi tertentu melaksanakan misi mereka tanpa disedari manakala rakyat masih sibuk dengan hal hal yang lain. 

Advertisement

Rakyat kena pandai menilai sendiri. Saya bertuah dengan kedudukan saya ini, saya dapat melihat dan mendengar dengan mata dan telinga saya sendiri tentang apa yang dirancangkan oleh orang-orang besar dan organisasi yang tidak akan dapat diketahui oleh rakyat-rakyat diluar sana.“, kata TMJ.

Yang lebih mengejutkan, TMJ juga turut mendedahkan baginda pernah mempersoalkan kepada seorang individu yang tidak dinamakan mengapa kita tidak boleh meningkatkan taraf pelajaran dan baginda mendapat dua ‘fakta’ dari individu itu.

Sebagai contoh, saya pernah mempersoalkan kepada seseorang individu (tidak menyebut nama individu tersebut) kenapa kita tidak boleh meningkatkan lagi taraf pelajaran, beliau menyatakan kepada saya kerana ada 2 fakta. 

Fakta pertama adalah untuk mendapatkan undi dan yang kedua adalah lebih mudah untuk mengawal pemikiran orang yang bodoh dan tanpa berpelajaran.

Itulah sebabnya saya lebih memberi keutamaan kepada rakyat Johor dalam hal-hal pelajaran kerana saya tidak mahu rakyat saya mudah dipermainkan oleh sistem yang memutarbelitkan perkara-perkara sebenar serta mengalih perhatian isu-isu besar daripada rakyat.”, kata beliau.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...