Bila sebut tentang kulit kering dan kegatalan, antara bahan yang diuji oleh para dermatologi dalam melegakan masalah kulit ini semestinya oat betul tak?
Kenapa oat? Haa, pasti ramai antara kita pernah persoalkan adakah ia betul mampu untuk merawat dan melegakan atau ianya sekadar mitos. Kalau anda nak tahu kesahihan tentang keberkesanan oat pada kulit, jom kami kongsikan!
Kulit Lebih Lembut & Terhidrat, Oat Diyakini Para Dermatologi
Untuk pengetahuan, terdapat banyak kajian dilakukan mengenai keberkesanan oat dan telah diuji oleh para dermatologi mampu untuk melegakan kegatalan dan kerengsaan pada kulit, dalam masa yang sama mampu untuk melembapkan kulit tau!
Rata-rata kajian mendapati bahawa oat adalah salah satu bahan yang mengandungi banyak kebaikan untuk kulit, antaranya;
1. Melindungi Skin Barrier
Disebabkan kandungan antioksidannya yang tinggi, oat dapat membantu untuk melindungi skin barrier daripada tekanan oksidatif.
Selain itu, ia juga mengandungi vitamin E, avenanthramides, asid ferulik dan antioksidan yang cukup untuk melindungi kulit.
2. Melegakan Kerengsaan.
Kalau anda mempunyai masalah kegatalan, alahan dan ruam, jangan risau sebab dengan oat, ia mampu untuk mengurangkan dan melegakan kegatalan!
Menariknya, ia telah terbukti dapat mengurangkan mediator radang pada kulit, memberikan peningkatan klinikal yang ketara dalam kekeringan kulit, kekasaran, dan kegatalan.
3. Mengurangkan Kekeringan.
Disebabkan oat ini mengandungi kepekatan kanji yang tinggi serta beta-glukan, ia dapat membantu melembapkan kulit hasil daripada keupayaan untuk menarik lembapan dari persekitaran untuk meresap ke dalam kulit.
4. Menenangkan Ekzema dan Psoriasis.
Untuk anda yang mengalami masalah ekzema dan psoriasis, kini anda tak perlu risau lagi sebab oat dapat membantu melegakan kulit yang kering, gatal dan radang, dalam masa sama dapat mengekalkan kelembapan kulit tau.
AVEENO Tampil Bantu Menyelamatkan Kerengsaaan!
Sekarang anda dah tahu kan antara manfaat oat pada kulit? Jadi, lepas ni kalau anda mengalami masalah kulit kering dan kegatalan, apa kata anda mandi dengan rumusan air oat atau pakai saja rangkaian produk AVEENO! Uish, macam best je~
Sebut saja AVEENO, tak dinafikan ia merupakan salah satu produk terbaik untuk kulit dan mempunyai pelbagai kelebihan kerana ia dirumus dengan khasiat daripada oat tau!
Salah satu losen dalam rangkaian iaitu AVEENO® Skin Relief Moisturizing Lotion, dapat melegakan dan melembutkan kulit yang kering serta menguatkan skin barrier, hasil daripada rumusan eksklusif mentega shea dalam Prebiotik Triple Oat Complex. Seriuslah?!
Menariknya, losen ini mampu menyerap ke dalam kulit jauh lebih pantas dan berfungsi serta-merta untuk menyuburkan dan memulihkan kulit daripada kegatalan dalam masa 60 saat. Fuhh, terbaiklah!
Bukan itu saja, ia turut memberi penghidratan yang berpanjangan pada kulit selama 72 jam, selepas 4 minggu penggunaan berterusan tau. Macam ni barulah worth it nak pakai!
Paling penting, tak sama seperti rangkaian produk lain dalam pasaran, AVEENO tampil dengan produk yang diperbuat menggunakan 30% plastik kitar semula sebagai usaha untuk mencapai komitmen yang lebih kukuh dalam penambahbaikan dan menyayangi planet kita. Bagusnya!
Buat para ibu di luar sana yang ingin menjaga kesihatan kulit si manja, kami sarankan anda untuk dapatkan AVEENO® Baby Soothing Relief Moisturizing Cream sebab ia bukan saja dapat melegakan kekeringan dan kegatalan, malah ia terbukti secara klinikal dapat melembapkan kulit selama 24 jam tau! Terbaiklah!
Kalau anda nak tahu, krim bayi ini diperbuat daripada oat prebiotik yang dapat menenangkan serta melegakan kulit bayi yang sangat kering dan gatal sejak penggunaan pertama.
Selain itu, krim ini mesra mikrobiom serta dapat mengimbangi pH si manja agar kulit kekal lembut, dalam masa yang sama dapat membantu menguatkan dan memulihkan skrin barrier secara semulajadi.
Kini Tiada Lagi Masalah Kulit Kering Dengan AVEENO!
Sekarang anda dah tahu kan apakah antara kelebihan AVEENO Skin Relief Moisturizing Lotion dan AVEENO Baby Soothing Relief Moisturizing Cream? Dengan cuaca panas sekarang ni, kami sarankan anda untuk dapatkan kedua-dua sekali supaya dapat melindungi kulit anda dan yang tersayang dengan lebih berkesan!
Untuk anda yang berminat untuk mencuba produk-produk daripada AVEENO, anda boleh dapatkan di secara atas talian Watsons atau di farmasi Watsons berdekatan!
Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Aveeno atau ikuti media sosial di Facebook, Instagram dan YouTube.