Cuaca Tak Menentu Buat Muka Kering & Kusam? Cuba Produk Terbaru Water360 by Watsons Hydra Perfect Bright. Confirm Terus Glowing!

Branded

Cuaca Tak Menentu Buat Muka Kering & Kusam? Cuba Produk Terbaru Water360 by Watsons Hydra Perfect Bright. Confirm Terus Glowing!

Pemanasan global masa kini bukan hanya membuatkan cuaca jadi tidak menentu, malah ia turut menjejaskan kulit wajah. Mana tidaknya, sekejap panas, sekejap mendung. Tiba-tiba, petang pula hujan lebat. Confirm kulit wajah pun ‘terperanjat’.

Penyelesaian terbaik, gunakan produk yang mengandungi asid hialuronik. Bahan ni telah terbukti dapat membantu meningkatkan dan mengekalkan kelembapan kulit.

Cakap tentang asid hialuronik, Beautifulnara nak share tentang Water360 by Watsons Hydra Perfect Bright, produk penjagaan wajah yang dapat membantu melembap dan mencerahkan kulit dalam waktu yang sama.

Apa yang best dengan Water360 by Watsons Hydra Perfect Bright?

4 Langkah Teknologi Untuk Penjagaan Wajah

Bila panas, bintik-bintik gelap akan mudah terbentuk dan membentuk pigmentasi. Water360 by Watsons Hydra Perfect Bright diformulasi dengan 4 langkah teknologi yang membantu mencegah, mengaktifkan, merangsang (boost) dan memulihkan wajah dengan kuasa 8 jenis hialuronik asid dalam satu, Vitamin C, Niacinamide dan Asid Tranexamic.

Cegah: Bintik-bintik gelap dan pembentukan pigmen

Aktif: Jana semula kulit untuk mencerahkan kulit kusam

Ransang: Keanjalan dan tona kulit untuk memulihkan seri wajah semula jadi

Pemulihan: Penghidratan tahan lama

Produk hero untuk Water360 by Watsons Hydra Perfect Bright semestinya serum yang terbukti berkesan dapat membantu mencerahkan kulit dalam masa 2 minggu*.

Tapi untuk dapatkan hasil yang lebih baik, gunakan sekali dengan produk-produk ni juga.

Langkah 1: Cuci muka dengan Water360 By Watsons Hydra Perfect Bright Facial Cleanser (100g)

Picit sedikit pencuci pada wajah, gosok perlahan pada wajah untuk mengeluarkan minyak dan kotoran. Pencuci wajah ini dapat membantu meningkatkan kecerahan, melembutkan kulit dan menjadikan wajah berseri dan tona kulit lebih sekata.

Harga: RM39.90


Langkah 2: Gunakan Water360 By Watsons Hydra Perfect Bright Essence Toner (200ml​)

Keringkan wajah, kemudian ‘dap’ kan essence toner ke wajah. Essence ini dapat membantu mencerahkan kulit kusam, kurangkan pembentukan pigmentasi, sekatakan tona kulit, tingkatkan keanjalan dan membantu kulit hidrat lebih lama.

Harga: RM39.90

Langkah 3: Sapukan Water360 By Watsons Hydra Perfect Bright Serum (30ml​)

Lepas guna essence, barulah boleh apply produk hero Water360 By Watsons Hydra Perfect Bright Serum.

93% wanita telah mempersetujui serum ini terbukti mencerahkan wajah selepas 2 minggu. Ia membantu mencerahkan bintik hitam, parut jerawat selain melegakan kemerahan kulit.

Harga: RM69.90

Langkah 4: Pastikan bawah mata kekal anjal dengan Water360 By Watsons Hydra Perfect Bright Eye Roll-on 15ml​

Mata letih membuatkan wajah kelihatan lebih berusia, rawat mata dengan Bright Eye Roll-on dari Water360. Ia dapat membantu memberikan tenaga dan mencerahkan mata yang letih.

Formula inovatifnya membantu meningkatkan keanjalan kulit dan mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan.

Aplikator roll-on mikro, mengurut kulit dengan lembut, meningkatkan penyerapan, sambil mengurangkan bengkak dan lingkaran hitam dengan memberikan sensasi sejuk yang menyegarkan.

Harga: RM69.90

Langkah 5: Hidratkan wajah dengan Water360 By Watsons Hydra Perfect Bright Water Gel Moisturiser (45g​)

Untuk lock lembapan pada wajah, gunakan pelembap Water360. Apa yang best tentang pelembap ni, ia ringan dan tidak melekit.

Selain dapat membantu mengurangkan pembentukan pigmentasi, mengembalikan keserian semula jadi wajah, meningkatkan kecerahan kulit dan berikan kesan dengan khasiat yang mendalam.

Harga: RM63.90


Langkah 6: Lindungi kulit dari sinaran UV berbahaya dengan Water360 By Watsons Hydra Perfect Bright UV Sunscreen SPF50 PA+++ 50ml ​

Satu lagi produk hero dan paling penting untuk penjagaan wajah ialah pelindung matahari.

Ia membantu meningkatkan kecerahan kulit, ringan, tidak berminyak, tiada white-cast, membantu menenangkan, melembapkan kulit selain mengurangkan kejelasan tompok hitam.

Harga: RM49.90

Beli Produk Water 360 & Menang COWAY DAZZIE. Seriuslah!!

Sempena pelancaran eksklusif Water360 By Watsons Hydra Perfect Bright, Watsons bekerjasama dengan Coway, di mana ahli Watsons yang bertuah akan dapat penapis air Coway DAZZIE yang bernilai RM4,590. Wow!

Macam mana nak menang?

Pastikan anda merupakan ahli Watsons dan beli produk Water360 By Watsons minimum RM50 di kedai fizikal atau secara dalam talian kemudian hantarkan penyertaan di SINI.

Peraduan bermula 14 Mei sehingga 3 Jun 2024.

Nak pastikan kulit kekal hidrat dan lebih berseri? Gunakan Water360 By Watsons Hydra Perfect Bright.

Maklumat lanjut layari laman web rasmi Watsons sekarang atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...