Cuaca Panas Tapi Risau Nak Pasang ‘Aircond’ Selalu? Cuba 6 Tips Ini Kalau Nak Jimatkan Bil Elektrik Rumah

Gaya Hidup

Cuaca Panas Tapi Risau Nak Pasang ‘Aircond’ Selalu? Cuba 6 Tips Ini Kalau Nak Jimatkan Bil Elektrik Rumah

Cuaca panas dekat Malaysia sekarang ini membuatkan bermacam perkara jadi tak kena contohnya aktiviti dan mood kita pun boleh terganggu.

Perbelanjaan pun meningkat disebabkan penghawa dingin di rumah kita dihidupkan dalam tempoh yang lebih lama dari biasa.

Advertisement

Tetapi, sebenarnya ada cara yang kita boleh amalkan untuk menjimatkan elektirik jika ada menggunakan penghawa dingin di rumah.

 

1. Tutup suis utama

Pastikan korang tutup suis utama setiap kali suis penghawa dingin ditutup kerana ia boleh menjimatkan sehingga 10 peratus jumlah penggunakan elektrik.

 

2. Gunakan timer

Kalau guna timer ini memang jimat dan menyenangkan korang juga sebab tak perlu nak remind diri untuk tutup aircond tengah malam.

 

3. Suhu yang betul

Tahu tak suhu yang selesa adalah pada tahap 24°C so make sure korang tetapkan pada nombor itu.

Memang kita selalu nak ruang rasa sejuk dengan cepat dan akan letak suhu 16°C atau 18°C tapi sebenarnya ia memaksa kompressor untuk ‘bekerja’.

 

4. Cuci dan tukar penapis setiap bulan

Ini of course korang tahu kan? Kalau penapis udara tu kotor, macam mana dia nak berkesan.

Penapis yang tak dicuci akan menggunakan lebih banyak tenaga elektrik dan kalau dibiarkan nanti akan menelan kos penyelenggaraan yang lebih tinggi.

Ala, cuci sendiri pun bolehhhhh.

 

5. Servis secara berkala

Kalau aircond dah kurang rasa sejuk tu, memang dah sampai masa untuk servis. Atau kalau nak lagi jimat, korang beli atau bertukarlah kepada penghawa dingin jenis inverter.

 

6. Pasang kipas jika tidak terlalu panas

Okay lastly, kalau agak agak cuaca tu panas tapi masih boleh ‘handle’, korang gunalah kipas sebab boleh jugak sejukkan ruang.

Mungkin boleh guna secara bergilir contohnya tengah hari guna aircond tapi bila nak tidur malam pasanglah kipas so dapatlah jimat juga kan!

Tips penjimatan elektrik ini dikongsikan oleh Nur Nadia di Facebook dan memang sesuai untuk kita amalkan memandangkan cuaca panas di Malaysia sekarang ni.

2 years ago

Kerajaan Sedia Isytihar Darurat Jika Cuaca Panas Berterusan, Netizen Mula Berdebat - "Perlu Atau Tidak?"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...