Cuaca Panas Sehingga Pertengahan September

Trending

Cuaca Panas Sehingga Pertengahan September

Anda perlu bersiap sedia kerana beberapa negeri dan kawasan di Malaysia bakal menghadapi cuaca panas dan kering. Keadaan ini akan berlaku sepanjang bulan Ogos dan mungkin berterusan sehingga pertengahan September.

Advertisement

Kenapa fenomena ini berlaku?

Menurut ramalan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET), fenomena ini dijangka berterusan sehingga pertengahan September berikutan angin dari arah barat daya yang bertiup kencang disekitar Malaysia. Keadaan ini akan menyebabkan Ribut Tropika Bebinca di Laut China Selatan manakala Ribut Tropika Rumbia pula berada di timur laut Taiwan.

Oleh sebab itu, cuaca di beberapa kawasan di Malaysia kurang menerima hujan terutamanya di Semenanjung dan Sarawak.

Sumber: rojak daily

Kebanyakan tempat di semenanjung akan menerima hujan pada paras normal dengan jumlah 150mm hingga 250mm.

Sementara Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka menerima hujan sedikit di bawah paras normal antara 100mm dan 150mm.

Jangan lakukan perkara ini

Anda dinasihatkan supaya tidak melakukan beberapa perkara ini ketika musim panas supaya dapat mengelakkan berlakunya strok haba dan tidak meningkatkan suhu sekitar.

  • Dilarang melakukan pembakaran terbuka.
  • Tidak melakukan aktiviti luar seperti bersukan atau beriadah secara berlebihan.
  • Tidak membuang puntung rokok merata-rata

Ini yang harus anda lakukan

Sumber: Buzzkini

  • Minum banyak air kosong
  • Memakai pakaian yang nipis
  • Elakkan kerap berada di luar
  • Laporkan kepada pihak bomba jika ternampak kebakaran

Sumber: MET Malaysia & Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...