Cuaca Panas Melampau, Sekolah Mungkin Ditutup Sementara

Trending

Cuaca Panas Melampau, Sekolah Mungkin Ditutup Sementara

image

Kementerian Pendidikan mungkin akan mengarahkan sekolah ditutup sementara jika cuaca panas melampau yang berlaku ketika ini semakin teruk apabila sesi persekolahan dibuka semula selepas seminggu bercuti.
Timbalan Menterinya,  Datuk P Kamalanathan berkata, langkah itu bagaimanapun bergantung kepada maklum balas Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Advertisement

Untuk jerebu, ada Indeks Pencemaran Udara (IPU) ditetapkan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan keputusan tutup sekolah berpandukan juga kepada IPU itu.  Bagi cuaca panas melampau, penutupan sementara sekolah belum difikirkan buat masa ini, tetapi boleh dipertimbangkan.

Penutupan sementara sekolah akibat cuaca panas melampau sering dilaksanakan di negara Asia Barat,” katanya sambil menambah, langkah sedia ada dalam keadaan itu ialah memberi kuasa kepada pengetua dan guru besar untuk membatalkan aktiviti luar kelas.”, katanya sebagaimana lapor BH Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...