Cuaca Panas Melampau, Dua Kes Baru Strok Haba Dilaporkan

Trending

Cuaca Panas Melampau, Dua Kes Baru Strok Haba Dilaporkan

pns

Sehingga hari ini, pihak Kementerian Kesihatan telah menerima  kira-kira 29 laporan masalah kesihatan yang melibatkan cuaca panas melampau termasuk dua kes terbaru strok haba, lapor Bernama.

Advertisement

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata, dua kes terbaru strok haba itu masing-masing dilaporkan berlaku di Kedah dan Perak di mana dengan kes terbaru ini menjadikan jumlah keseluruhan strok haba menjadi lima kes.

Katanya sebelum ini dua kes strok haba dilaporkan di Selangor manakala satu kes di Johor melibatkan kematian pesakit.

“Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai agar mengelak melakukan aktiviti di luar bangunan dan aktiviti fizikal intensif terutamanya pada siang kerana kebanyakan kes strok haba dan keletihan strok berpunca daripada aktiviti fizikal intensif,” katanya.

Pada minggu lepas, seorang pelatih di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Segamat telah menjadi mangsa pertama yang meninggal dunia akibat strok haba setelah pitam semasa menjalani latihan di trek padang tertutup.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...