Cuaca Lebih Panas Dan Kering Di Malaysia Dijangka Berterusan Sehingga Pertengahan September

Dunia

Cuaca Lebih Panas Dan Kering Di Malaysia Dijangka Berterusan Sehingga Pertengahan September

Jabatan Meteorologi Malaysia mengamalkan cuaca panas terik yang dialami negara ketika ini akan berterusan sehingga pertengahan September.

Memetik laporan Astro Awani, Jabatan itu memaklumkan pihaknya sentiasa melakukan pemantauan dari semasa ke semasa termasuk status gelombang haba di seluruh negara dan menyebarkan maklumat kepada agensi berkaitan untuk tindakan penguatkuasaan dan persiapan menghadapi bencana.

Advertisement

“Berdasarkan pemantauan MetMalaysia terhadap gelombang haba hingga 21 Julai, tiada kawasan di negara ini yang terdedah dengan sebarang gelombang haba,” menurut kenyataan MetMalaysia menerusi e-emel hari ini mengenai cuaca panas dialami negara pada masa ini.

MetMalaysia memaklumkan kepada stesen meteorologinya untuk 3 hari berturut-turut pihak mereka merekodkan suhu tidak melebihi 35 darjah Celsius justeru cuaca dijangka tidak akan melebihi 40 darjah Celsius.

Untuk info, cuaca paling panas pernah direkodkan di Malaysia adalah 40.1 darjah Celsius pada tahun 1998 ketika fenomena El Nino.

“Dari segi perubahan cuaca, kami menjangkakan berlaku hujan lebat, angin kencang dan kelembapan tinggi disebabkan Malaysia sedang beralih monsun khususnya di negeri pantai barat dan pedalaman Semenanjung selain pantai barat Sabah dan wilayah tengah dan barat Sarawak,” menurut MetMalaysia.

Sementara itu, menurut Pakar Klimatologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Professor Fredolin Tangang berkata gelombang haba di Malaysia dikaitkan dengan kebolehubahan cuaca iaitu Madden-Julian Oscillation (MJO) dan El Nino.

“Madden-Julian Oscillation adalah fenomena biasa, yang berayun dengan kekerapan sekali dalam tempoh 20 ke 60 hari. Semasa Monsun Barat Daya, ia boleh meningkatkan suhu satu ke dua darjah hingga sekitar bawah 40 darjah Celsius bergantung kepada kawasan. Malah, kita sudah mengalaminya sekarang,” katanya menerusi e-mel.

Beliau berkata, kejadian ini adalah biasa kerana pengaruh pusat perolakan MJO yang dipertingkatkan sekaligus membawa ketidakstabilan kelembapan dan cuaca ke Malaysia dan selepas itu pusat perolakan dipertingkatkan akan disusuli dengan pusat perolakan dikurangkan yang menyebabkan cuaca panas dan kering di Malaysia.

Tambah beliau lagi, ini bukan lah gelombang haba yang luar biasa kerana Maddin-Julian Oscillation adalah fenomena yang bertindak menyerdehanakan suhu basah-kering di negara kita.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...