Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

CTDK-ation Program Realiti Papar Kehidupan Seharian Datuk Siti Nurhaliza Dan Suami

Datuk Siti Nurhaliza nama yang cukup gah bukan sahaja di Malaysia tapi di seluruh nusantara. Ramai yang menjadikan Siti Nurhaliza sebagai idola mereka. Kejayaan beliau cukup membanggakan rakyat Malaysia.

Advertisement

21 tahun berkecimpung dalam bidang seni, buat pertama kalinya, kehidupan seharian Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Seri Khalid akan dipaparkan menerusi program realiti CTDK-ation yang bakal menemui penonton pada Januari tahun depan.

Perkara itu diumumkan oleh Siti Nurhaliza sendiri menerusi rancangan A.M Live di Astro Ria.

Datuk K juga memberitahu beliau tidak kisah dengan kritikan yang bakal diterima apabila program itu bersiaran nanti.

Advertisement

Saya bersedia untuk berkongsi apa yang berlaku dalam kehidupan kami bersama peminat. Kami tidak bimbang tentang kritikan kerana sudah lali dengannya,

Menariknya, program realiti tersebut akan dirakam ketika Siti Nurhaliza buat pertama kalinya bercuti bersama keluarga besar Datuk K di beberapa buah negara seperti Portugal, Sepanyol, Dubai, Emiriah Arab Bersatu selama 21 hari bermula 2 November depan.

Wah! Nampaknya ia satu berita gembira buat peminat tegar Datuk Siti Nurhaliza, bolehlah kita lihat bagaimana kehidupan dan telatah Siti Nurhaliza bersama suami tercinta.

Sumber Berita : Kosmo!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top