Craving Street Food & Burger. Buat Apa Pilih Kalau Boleh Nikmati Gabungannya Dengan KFC Satay Burger Terbaru!

Branded

Craving Street Food & Burger. Buat Apa Pilih Kalau Boleh Nikmati Gabungannya Dengan KFC Satay Burger Terbaru!

Orang Malaysia ni tak sah kalau tak buat eksperimen dengan makanan. Kadang-kadang tu, ada yang rojakkan atau campur-campur makanan menjadi satu menu baru.

Tapi.. Nasib baik sedap!

Terinspirasi daripada kekreatifan rakyat Malaysia, KFC memperkenalkan gabungan 2 citarasa ikonik menjadi satu hidangan baru iaitu KFC Satay Burger. Pergh!!!

KFC Ekspresi Rasa Cinta Terhadap Negara Dengan Satay Burger

KFC menawarkan menu terbaru Satay Burger tepat pada waktunya di saat rakyat Malaysia menyambut sambutan bulan kemerdekaan.

Menu kali ini dicipta inspirasi daripada sate, makanan jalanan kegemaran serta warisan rakyat Malaysia. Rasa itu kemudian dibentuk menjadi fillet ayam ranggup dengan perapan istimewa KFC.

Melengkapkannya sebagai hidangan KFC Satay Burger, dua ban empuk diapit bersama timun Jepun, bawang serta dilimpahkan dengan kuah kacang pekat yang dimasak sempurna daripada rempah-ratus dan kacang yang dipanggang harum.

Sekali gigit rasanya pasti Sedap Hingga Menjilat Jari!!!

Nikmati KFC Satay Burger Dengan Jigle Istimewa

Bagi menghargai makanan warisan rakyat Malaysia ini, KFC membawakan sebuah lagu yang dicipta khusus untuk meluahkan keunikan rasa dan perasaan teruja ketika menikmati burger ini.

Burger Sate,

Enak memikat hati,

Burger Sate di KFC.

Sambil-sambil korang layan keenakan KFC Satay Burger bolehnya ekspresikan dengan jingle ni.

Rasai Keenakan Makanan Warisan Bersama KFC Satay Burger

Untuk waktu terhad, jangan lepaskan peluang untuk menikmati KFC Satay Burger yang istimewa ini. Dine-in dengan membuat pesanan secara imbas pesan di cawangan KFC.

Nak lagi mudah, pesan melalui aplikasi KFC untuk penghantaran atau Ambil Sendiri.

KFC Satay Burger mempunyai 4 pilihan hidangan iaitu secara A La Carte, Kombo, Box Meal atau Buddy Meal.

Maklumat lanjut korang boleh layari https://kfc.com.my/.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...